Sunday, October 11, 2009

"Tuhan Allah yang beri kemenangan kepada kita"

Aksi ini amat menarik perhatian kami dan amat menyentuh hati hingga air mata terasa hendak mengalir keluar. Sambil menyelusuri jalan sepanjang jalan ke Teluk Kemang, dari jauh terlihat aksi yang menarik perhatian ini.

Menarik kerana kelibat seorang wanita Cina memegang payung PAS sedang menarik perhatian laulintas...memilih PAS!!!

Kami berpatah balik dan mengambil gambarnya....sebaik saya mendekati dirinya wajahnya kelihatan amat 'familiar'...ya tak silap lagi, saya menegurnya...Auntie...yang buat mogok lapar bersama kami dulu bukan?"

Jawabnya..."ya saya selalu buat mogok lapar sana sini"....ya...dialah yang bersama Raja Petra dan lain-lain di tahun 2002 mengadakan mogok lapar bersama GMI untuk kempen bebaskan tahanan ISA reformasi ketika itu.

Seronoknya dapat berjumpa dia...lagi best dia kata saya nampak muda saja dan bertanya berapa orang anak saya ada...namun sambil bersembang pun dia tetap juga dengan aksinya terus menaikkan tanda 'good' ke arah lalulintas. Kelibat dan aksinya memang menarik perhatian ramai.

Katanya dia sudah berada dan berdiri di situ hampir 4 jam...ada yang berhenti singgah dan memberi minuman dan makanan kepadanya. Umurnya sudahpun 67 tahun.

Kata-katanya menyentuh hati kami..."Tuhan Allah juga yang akan beri kemenangan pada kita walau BN beri macam2 baranagan pada pengundi"

Sanggupkah kita beraksi seperti dia????

-baganutama

3 comments:

al-Balingi said...

Salam,

Inilah yang Umno paling takut, bila non-muslims makin mendekati PAS

Ajijoi said...

Pernahkah kita lihat cina mca pegang dan kibar bendera umno?

NH Shah Alam said...

Perasaan saya juga menjadi sebak apabila melihat gambar ini. Seorang cina bukan islam boleh menerima PAS dan sanggup bekerja untuk meraih undi bagi memenangkan calon PAS..

Kipas ditangannya tertera gambar TGNA... Orang bukan ISlam boleh melakukan sebegini rupa.. Kenapa orang melayu yang beragama Islam masih bebal lagi dengan UMNO yang terang2 melakukan kezaliman kepada rakyat serta menindas rakyat marhain..

Followers