Wednesday, October 28, 2009

Sidang akhbar Nizar dan Sivakumar tanpa kehadiran Mat Saman Kati

Pihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah.

Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah. Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan tetapi mereka menghadapi ramai polis.

Sivakumar menunjukkan sekali lagi cebisan jubah yang masih tinggal sebagai simbol demokrasi.

Sivakumar mempersoalkan tindakan kami dilarang membawa masuk kamera. Juga beliau mendakwa semacam dirancang tidak ada anggota media dalam ruang legar SUK semacam hendak mengelak media melihat apa yang berlaku.

Speaker Sivakumar mengesahkan sidang pada hari ini dengan meluluskan tiga usul iaitu usul berkaitan tragedi di Kuala Dipang, tahniah dengan prestasi Kerajaan PR dan pencalonan seorang calon untuk menjadi Ahli Dewan Negara yang baru.

Sementara itu Datuk Seri Nizar Jamaludin pula berkata, rombongan Adun PR telah dihalang oleh 5 sekatan dan ini bercanggah dengan demokrasi. Terbukti kekecohan bermula dari arahan defekto BN.

"Saya rakamkan disini atas arahan BN kepada pihak polis menghalang kami."

"Jika Speaker itu haram maka usul, bajet adalah tidak sah dan semuanya tidak mengikuti peraturan."

"Saya mendesak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin wajib meletakkan jawatan kerana tindakan polis yang memalukan," ujarnya lagi.

6 comments:

matsamankati said...

Kalau nak hits pun, tak payah pakai nama aku la.

Yong said...

Gelihati pun ade tengok perangei kome bloggers nih. Macam bebudak umo 12 tahun je.

Telok Bakong said...

salam ajijoi dan MSK, rilek bro
ajijoi pun udah le tu kalau silap dan terlupe mintak maaf le usah le disakitkan hati sahabat kite tu

Ajijoi said...

Sori, teman tak tau pulak nama mat saman kati tu boleh bagi hits.

Hang kata aku tak bagi kredit kat hang, ni aku dok bagi kat hang kredit besaq punya.

Satu dunia nama hang orang hapai.

Unknown said...

sorry mencelah, bukan nak mengeruhkan lagi, tapi ada benarnya bilamana kita menciplak hasil ciptaan orang tanpa memberi sebarang kredit, maka kredibiliti kita dipersoalkan. Dan secara tidak langsung berita asal tidak diketahui dari sumber mana?

Blog OM pernah posting 'copy & paste' dan memberi kredit kpd blog yg di 'copy'kan, dan didapati penulisan asalnya telah hubungi OM yg dia merasa terkilan kerana yang di'copypaste'kan dr blog itu tidak memberi kredit kpdnya seolah ciptaan asalnya.

Disitu, OM membetulkan kembali pemilik penulisannya. Benar, kita menulis bukan kerana nama dan tidak dibayar pun, tapi atas dasar nama penulis itu juga orang seperti saya membacanya sptmana peminat filem yang teruja dgn pengarah filem yg hebat yg pasti menonton filemnya.

BTW, nama penulis blog sperti AJIJOI, Teluk Bakong, MSK adalah yang sudah 'TERNAMA'. Tidak rugi membetulkan keaadaan untuk bersama memberi siaran alternatif kepada rakyat malah ia diutamakan dari media perdana yang sudah tentu ada nama.

matsamankati said...

Tu pasai la aku kata hang bubuh nama aku, walaupun tak ada kena mengena dengan aku..pasai hang nak juai nama aku.

Dulu, ramai yang tulis perkataan Malaysiakini kat hujung tajuk, supaya dapat hits.

La ni, orang bubuh nama Nizar Altantuya, sebab nak hits.

Hang pulak bubuh nama aku, pasai nak hits...walaupun artikel tersebut tak ada kena mengena dengan aku.

Belajar la cari makan sendiri.

Followers