Monday, October 12, 2009

PAS tak pernah kalah

Sekilas pandang kita kita kalah dalam PRK di bagan Pinang tapi secara teori ia memang kalah tapi secara ilmiah nya PAS sudah mencapai kemenangan.

Di kala tekanan dari media dan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat,kerjasama utuh bangsa yang berbilang untuk berkempen memenangkan PAS seakan nampak menarik dan di kalan BN mencari formula baru menyelesaikan krisis dalam yang terus antara komponen nya pakatan Rakyat sekali lagi berjaya membawa persetujuan dan persamarataan dalam PR.

Secara peribadi,saya sedikit kecewa dan seakan menitis air mata dewasa kerana kekalahan PAS di Bagan Pinang. Tapi perjuangan ISLAM tidak pernah kalah malahan kekalahan itu ada hikmah nya. Mungkin kita ada kelemahan dari beberapa sudut dan sedikit alpa dalam beberapa bab sehingga jika kita terus di buai kemenangan berterusan kita akan lalai dan leka. Lalai dari kehendak tuan Alam dan amanah sebagai khalifah Allah .

Dari sudut Islam, menang atau kalah di dalam perjuangan itu penting. Tetapi yang lebih penting ialah ketika menang atau kalah, akidah, syariat dan akhlak perlu dijaga. Jangan sebab menang lupa Allah dan jangan sebab kalah menyalahkan takdir. Jangan sebab menang lupa sembahyang dan jangan sebab kalah subuh tadi terlewat. Jangan sebab menang hilang akhlak dan jangan sebab kalah hilang pertimbangan.

Kita sebagai ahli PAS dan pendokong agama Allah swt harus beristiqomah dalam perjuangan kerana akhir nya kemenangan itu adalah PASTI. Untuk menang mungkin perlu pengorbanan darah kita,nyawa kita mungkin jua kemanangan itu perlukan doa kerdil kita.

Ingatlah kita akan ayat Allah swt

Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalasesuatu.( Ali Imran ayat 26)

Sejauh mana kita kalah, kita perlu bersenyum dan setinggi mana kita menang kita perlu senyum dengan nikmat Allah swt yang Maha Luas. Perjuangan dalam menegak kan dustur Allah bukan barang kecil kerana perjuangan inilah kita mungkin di pandang hina oleh rakan kita,di putuskan hubungan oleh saudara mara kita dan di sekat harta kedudukan oleh manusia . Tapi kita perlu yakin Allah swt sentiasa bersama kita.

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Dalam politik kekalahan ini yang mematangkan kita jua saya samakan dengan kehidupan kerana kegagalan itu adalah jalan baru untuk bangun.

Dare to fail… kita wajar berusaha dan tidak takut untuk kalah. Kerana kekalahan itu adalah subjective sifatnya. Kita ada Allah dan doa itu adalah senjata kita . Saidina Umar Ra pernah berkata

Kiranya aku tahu doaku tidak di makbulkan Allah maka akan aku terus berdoa dan berdoa
InsyaAllah, kemenangan pihak mustakbirin adalah tiket untuk Allah menghancurkan mereka. Allah tidak akan membela golongan mustakbirin malahan golongan musta’affin akan sentiasa di lindungi Allah. -pejuangkite

7 comments:

Unknown said...

Salam,saya setuju.
Pas tidak pernah kalah cuma x menang lagi.Begitulah antara kata-kata Ustaz yahya othman,bekas exco pendidikan negeri kelantan.Katanya pejuang Islam sejati sentiasa mendapat ganjaran pahala samaada kalah atau menang.

adibeta said...

Salam tuan,
1.Itu pandangan tuan pasal kekelahan dari sudut PAS...lebih baik tuan ambil pandangan dari sudut UMNO...baru analisis lebih tepat dan mantap..

2.Sebenarnya menerima kekalahan adalah perit...namun perit lagi bagi saudara seagama yang dilebelkan rosak akidah....

adibeta

MaMa NabIhAH said...

islam akan bangkit juga di akhir zaman selepas ditindas untuk tempoh 1500 tahun...
sama2 nantikan kehadiran legacy solahuddin al-ayubi
Allahu Akbar!
jihad tidak terhenti setakat ini...

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi dan sewaktu dengannya,

Nampaknya tajuk ini pelik sedikit.

PAS kata partinya memperjuangkan Islam (kononnya).

Kenapa pula ada kerjasama dan berkawan dengan DAP yang tidak bersetuju dengan Negara Islam (kononnya) PAS dan kata langkah mayat Karpal Singh dahulu sebelum menubuhkan kerajaan Islam (kononnya).

Tapi tak mahu kerjasama dan berunding dengan UMNO yang dituduh menentang Islam. UMNO sedia berunding dan banyak kali sahut seruan Hadi nak muhabalah dengan UMNO (PAS masih nak berbalah).

Malangnya Nik Aziz kata pergi jahanamlah UMNO.

Sedarkah kita bahawa kalau hendak berjuang atas nama Islam pun PAS masih memerlukan DAP yang sedia menentang Islam adalah sesuatu yang pelik berbanding berbincang dan berunding dengan UMNO dalam satu agama.

Apakah ini perjuangan Islam kalau saudara seagama dikafirkan dan diketepikan tapi boleh pula berkawan dengan bukan Islan dan syaitan?

Adakah perjuangan Islam terhad kepada negara islam dan hukum hudud semata2?

Setelah dapat kuasa di lima negeri (satu negeri singgah sekejap)dalam PRU yang lepas dengan manifesto negara berkebajikan.

Pelik pula bunyinya. Mana negara islam dan hukum hudud?

Setelah berkuasa agaknya tiada lagi negara islam dan hukum hudud.

Tertipu lagi Ajijoi.

baLdi MeraH said...

ini komen saya tuan.

faktor pas kalah.

1. MEdia bloggers dan facebook's pro pas terlalu takbur dan yakin pas akan menang, sehinggakan mengeluarkan cerita yang tak masuk akal apabila penduduk setempat baca, mereka jadi menyampah bukannya terpengaruh. perlu ingat kawasan ini ramai yang celik it.

2. kebanjiran penyokong pas luar terutamanya kelantan dan terengganu membuatkan penduduk setempat yang mengundi rimas dan semak dengan kehadiran mereka. tindakan provokasi, bersorak di tepi jalan, ceramah di kawasan yang speaker nya di hala ke arah rumah-rumah penduduk hampir setiap malam, membuatkan penduduk rimas. tanyalah penduduk tempatan.

3. tindakan penyokong pas membuka gerai - gerai haram sepanjang tempoh pilihanraya menjejaskan perniagaan penduduk setempat.

4. n9 ni tinggi juga semangat kenegerian dia, jadi patut amnbil la approach yg betul. ni sepanjang pilihanraya, ada kempen pasal kelantan, peraih undi pun ckp kelantan pekat. takde rakyat tempatan ke. ini mungkin kasar tapi saya perlu nyatakan, sikap gedebe orang kelantan ni dibenci oleh semua orang. masuk kampung orang buat kasar. amende la.

5. Jgnla terlalu taksub dan takbur. pas parti islam. jadi jgnla tunjuk perangai tak senonoh sepanjang pilihanraya akan datang. makcik-makcik tua bersorak tepi jalan, yang muda pula ajak penduduk setempat bergaduh, kalau buat kat melayu umno je mungkin xpe juge, tapi buat bende sama kat kaum lain. memalukan.

logik atau tidak.. ini komen saya. pengundi adalah orang setempat. bukannya orang luar. pas jgn jadi semakin taksub dan takbur sehingga terpesong dengan perjuangan sebenar. saya bukan sayangkan pas, saya bukan sayangkan umno. tapi saya sayangkan perjuangan demi melayu dan islam di negara ini. salam

fikirkan org tempatan.

Mama Izzah Nabihah said...

nota buat DS Najib
budget thn dpn sila naikkan cukai tembakau, org spr pkr tak kan segan2 menyumbang hasil n menaikkan perolehan buat kerajaan!
ckp org kaki roko memang banyak merapu!

pejuangmuda said...

salam 1,2,3 malaysia...
kpd org umno yg msih lg mengharapkn PAS kerjasama ngn umno...
sejarah kerjasa pas-umno... jadikn pas matang utk xkejasame ngn umno..
sebab:
1.umno penipu dan mungkir janji...
kerjasama ngn pas sebb nk raih sokong dan nk tunjuk baik...
2.umno xnk terima kenyataan yg umno ni hina islam dan xmau ngaku pemimpin umno sndri hine islam..xsedar diri.
3.umno riak,takbur,bangga diri, hina org.. cnth: adibeta, pkr palsu 2 ternyata menghina bangsa.. itu da menunjukkn deme menghina ciri2 islam. islam xaja hina bangsa lain yg mahu kerjasama ngn islam.. selagi xmelanggar syarak..
4.umno dah layu dgn melayu..
perjuangkn bangsa konon... tp ckp xserupa bikin.. apa guna tipu diri-sendiri....? bila umno nk maju?
xyah la, jika pilihanraya je nk tipu ngn duit,duit,duit... pastu guna undi pos yg korg pangkah sendiri, xyah lah dalih kat tv.. korg baik sgt xtipu... Allah tahu...
5.pengokong umno... adakah kau ingat? siapa pembunuh islam sebenar? ingat tahun 1985.. kes pembunuhan di kg. memali....
itu sudah jadi bukti umno lebih hina dr org kafir.. dan sama ngn yahudi.... umno jelaskn lah kes memali kat tv... ade brani?
hah... bapok... takut ar nk cite...hehehe byk lagi klu nk cite sal umno penipu,bacul,dll

Followers