Saturday, October 24, 2009

DS Nizar ditahan polis

IPOH (24.10.09): Hari ini, dua program besar Pas Perak berjalan serentak. Muslimat ke Ayer Tawar untuk '1 Black Perak' manakala Pemuda pula melancarkan Pemuda Pakatan Rakyat sambil berekspedisi bermotor ke Lumut dan Pangkor.

Agak menghairankan apabila ada pihak yang turut bersama-sama didalam kedua-dua program tersebut walaupun penglibatan mereka tiada didalam aturcara majlis mahupun jemputan.

Gambar muslimat ini sekadar hiasan dan tiada kena mengena dengan program 1 Black Perak

Hampir kesemua bas-bas yang membawa rombongan muslimat untuk ke destinasi mereka di Ayer Tawar telah ditahan. Ingatkan nak tumpang, rupanya saja tahan sebab tak bagi pergi ke sana. Nak kata sebab disana ada ancaman bom ke, gempa bumi ke, tidak pula diberitahu. Hanya alasan yang sama diulang-ulang apabila ditanya. 'Kami hanya mengikut arahan'. Tak kisah le walaupun arahan itu tidak masuk akal ataupun munasabah, 'kami hanya mengikut arahan'. Arahan siapa? Wallahu aklam.

Gambar konvoi kapcai ini sekadar hiasan

Para pemuda yang menunggang motorsikal pula terpaksa menukar haluan beberapa kali kerana jalan-jalan telah ditutup untuk menghalang perjalanan mereka. Kesemua laluan sebagaimana yang dirancang telah dikepung. Lokasi berhimpun pula bertukar-tukar tempat. Semua gara-gara sekatan jalan yang dibuat. Mungkinkah kesemua motor-motorsikal yang digunakan pemuda Pas itu tiada ataupun telah tamat tempoh cukai jalannya? Tentu sekali tidak kerana kesemua motor-motor itu telah didaftarkan terlebih dahulu oleh penganjur dan telah diperiksa lesen memandu, cukai jalan serta keadaan zahir motor-motor tersebut. Habis tu, apa kejadahnya disekat dan diganggu semua laluan? Lu pikir la sendiri....

Ramai pimpinan Pas dan Pakatan Rakyat yang turut serta didalam program Pemuda. Di antaranya ialah Dato' Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin, Ust Abu Bakar Hussain, YB Ngeh Koo Ham, YB V. Sivakumar dan beberapa pemimpin yang lain.

Sewaktu rombongan pemuda bersama pimpinan ingin menuju ke Pulau Pangkor, DS Nizar telah ditahan oleh polis daripada menaiki feri ke sana. Mereka tak bagi naik feri sebab nak suruh DS Nizar bawak Camry dia ke sana ke? Ataupun kena minta izin dengan Zambry dulu sebab Pulau Pangkor tu dia punya ke?

Tetapi, oleh kerana pimpinan ni punya semangat yang kental dan tekad, dah kata nak pergi tu, pergi jugak, mereka berjaya juga menjejakkan kaki kesana dengan menyewa bot nelayan.

Ramailah jugak polis yang claim overtime hari ni. Selain dapat jalan-jalan ke Lumut dan Pulau Pangkor. Yang topi besi merah pun ramai juga datang daripada Kuala Lumpur menjayakan program muslimat hari ini.

Mungkin juga mereka mengharapkan agar Pakatan Rakyat memperbanyakkan aktiviti hujung minggu seperti ini agar mereka dapat menambahkan pendapatan dengan duit overtime nanti.

Manakala kepada 'PEMBERI ARAHAN' agar pihak polis turut serta didalam program Pakatan Rakyat hari ini, diingatkan agar jangan hanya berani mendabik dada bercakap dihadapan media semata. Kerap-keraplah turun ke padang berjumpa dengan rakyat kerana rakyat Perak telah lama ingin bersemuka dengan kamu untuk menuntut dipulangkan hak mereka yang kamu rampas secara tidak bertamadun itu.

Pulau Pangkor dah jadi macam depa punya pulak. Fantasy Island kepada mereka-mereka yang masih hidup di alam fantasi.

2 comments:

cicitHJHASSANu said...

kalau ikutkan hati teman nak berenang semalam,tapi tak jadi sebab ayo pasang melimpah ruah sampai mee goreng mamak suku sakat zambry kat pekan lumut tak mau tak kering-kering...bila tanya mamak,dia kabo bukan pasai ujan seminggu tak renti-renti tapi itu depan ada satu tukun baru kasi tenggelam...zambry bercadang nak jadi lanun pangkoq ka???

Ayid said...

Tapi kataa 1 Malaysia. Tak kan anak malaysia tak boleh melawat dalam malaysia. Apa Pangkor tu bukan Malaysia ke. Nak Pakai Paspot ke. Nak ada Permit Kerja ke. Bongok punya keroje

Followers