Saturday, April 24, 2010

Senarai perisik IPTA di Hulu Selangor

Ini adalah senarai perisik (nama dan nombor telefon) yang dihantar untuk menangkap para pelajar yang melibatkan diri di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor. Umno dan Barisan Nasional amat bimbang sekiranya para pelajar turun membantu kempen untuk Pakatan Rakyat.



sumber: Malaysia-Today

Adun Bebas lepas tuduhan, biar rakyat adili

9 Jamadil Awal 1431H.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut malah sudah menjangkakan bahawa Mahkamah akan membebaskan tuduhan rasuah terhadap 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapten Bersara Mohd Osman Mohd Jailu pada hari ini.

DPPN Pk tidak mempertikai keputusan Mahkamah yang telah di buat tetapi sepertimana yang sudah dijangkakan kerana sudah tentu berpihak kepada ADUN Bebas tersebut. Apa yang lebih penting, DPPN Pk berharap rakyat dapat menilai dan mengadilinya kerana terlalu banyak persoalan yang timbul.

DPPN Pk mengucapkan tahniah dan syabas kepada 2 ADUN Bebas tersebut dan berharap keadaan dapat dibaiki sepertimana yang telah tercemar dahulu. Apa yang boleh rakyat harapkan ialah maruah dan integriti 2 ADUN Bebas tersebut dipulihkan kembali sepertimana yang rakyat inginkan.

Malah keyakinan rakyat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tercalar dengan keputusan Mahkamah tersebut. DPPN Pk mempersoalkan, di manakah bukti yang telah SPRM nyatakan dahulu kerana setiap pendakwaan perlu kepada bukti yang kukuh. Inilah nasib rakyat yang di rampas kuasa oleh mereka-mereka yang gilakan kuasa dan tidak menghormati hak rakyat sebagai penentu kuasa.

Kenyataan Media (23 April 2010)
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Surat terbuka buat Mufti Perak

9 Jamadil Awal 1431H.
MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN

Dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab saya mewakili sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan membenci kekejaman rejim Zionis Laknatullah ingin melontarkan pandangan berdasarkan jika benar laporan didalam naskhah Berita Harian keluaran 17 April 2010 yang dipaparkan di muka hadapan atau di laman web :

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010041705331320100417053313/Article

PENDAHULUAN

Matlamat Yahudi Yang Utama : Memerintah Setiap Negara

Pada tahun 1897 di Basle, Swirtzeland 300 sarjana Yahudi telah berkumpul secara sulit untuk merancang beberapa agenda atau Protokol Yahudi. Perhimpunan ini dipimpin oleh Teodrl Hezl. Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk memastikan bahawa bangsa Yahudi akan kekal memerintah di setiap negara walaupun negara itu diperintah oleh bangsa selain Yahudi.

Protokol Yahudi ini akhirnya telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila seorang wanita Perancis telah berjaya mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir Muktamar Rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke Bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”

Salah satu protokolnya ialah:

Protokol Kedua

Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan Yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

PENDEDAHAN APCO WORLDWIDE DI PARLIMEN OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Dalam jawapan secara bertulis kepada YB Tian Chua (PKR Batu), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa satu kontrak telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia dengan Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide bernilai hampir RM77 juta setahun.

Syarikat Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan “Strategi Komunikasi” dan “Membina Imej” Negara serta mengagongkan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak.

SIAPAKAH APCO?

Perkara ini telah didedahkan Ketua Pembangkang YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Parlimen yang mulia .

Ahli Lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel iaitu:-

1. Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman)

2. Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat)

3. Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi Intifada Palestin. Semasa intifada Al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjatamengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth anak kepadaMargery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO danASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.


APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

1. Jonathan Winer yang merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana diamenuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

2. Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim Fil Tariq dan Fi Zilal Al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Peranan APCO di Negara-negara lain

1. Klien dan bekas klien APCO juga termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa menjadi Presiden Nigeria. Jeneral Sani Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan danpembunuhan aktivis-aktivis.

2. Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupakan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

3. Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

ISU DEMONSTRASI BANTAHAN HUBUNGAN KERAJAAN MALAYSIA DENGAN APCO DI PERKARANGAN MASJID SULTAN IDRIS SHAH II

1.Setiap muslim yang beriman pasti mahukan kemanisan iman. Terdapat tiga perkara yang menjaminkan seseorang mendapat kemanisan iman. Salah satu nya sebagaimana yang disebut dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim ialah seseorang itu membenci maksiat (kemungkaran) seperti ia benci jika di campakkan ke dalam api neraka. Oleh yang demikian, sebab itulah kita guna halaman luar masjid kerana ia berkaitan dengan iman kerana mempertahankan agama dari ancaman musuh laknatullah adalah wajib. Jesteru itu, Allah menjanjikan jaminan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

2.salah satu cara membenci ialah seperti yang diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s sedang berjalan-jalan di suatu tempat, maka dia digoda iblis dan syaitan. Lalu, junjungan besar itu telah membaling batu ke arah iblis tersebut.
Tindakan peserta himpunan tempohari itu sebenarnya warisan daripada sunnah Nabi Ibrahim a.s.

Yahudi Zionis adalah iblis besar abad ini. Maka.. sikap pesrta himpunan hanya luahan daripada fitrah, sunnatullah dan sunnah Nabi Ibrahim ke atas musuh-musuh Allah seperti Iblis dan kaum-kaum yang ingkar kepada suruhan Allah.

Sesiapa yang pergi menunaikan fardhu haji, mereka tentunya pernah merasai pengalaman membaling batu di Mina ini. Kita diminta bermalam di Mina sebelum melontar batu-batu kepada 'iblis' di ketiga-tiga tiang; Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus Sughra. Bermalam di Mina itu bertujuan persediaan untuk meneruskan agenda besar ini; simbolik baling batu kepada iblis.

Maka, apabila tiba zaman Nabi Musa a.s (Taurat) hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. (al-Quran), maka terteralah satu hukum; lelaki dan wanita yang berzina sesudah berkahwin, maka hukumannya adalah direjam (dibaling) dengan batu sampai mati.

Kesimpulannya, inilah antara contoh-contoh sunnatullah yang telah diterjemahkan dalam bentuk hukum rejam dan sunnah nabi. Ia sesuai dengan fitrah asal kesemulajadian manusia. Iaitu, apabila kita mula membenci sesuatu perkara, hati kita akan terdorong untuk baling dan mencampakkan sesuatu kepada sesuatu yang kita benci itu. maka bidapkah kami yang hanya membaling telur ke arah papan yang tertera lambang zionis.

3. Isu penggunaan telur busuk : ? Telur busuk itu hanyalah laungan dibibir kami sahaja, sesuai dengan Yahudi dan Israil yang lebih busuk dari telur busuk .Dalam demontrasi ini kami tidak gunakan batu sebab mungkin akan terkena kepada orang ramai dan ada yang tercedera, Telur adalah simbolik penentangan kami terhadap isu APCO. Disini juga kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak menggunakan telur busuk seperti yang didakwa dan hanya melibatkan 7 biji telur ayam yang baru dibeli dikedai berdekatan. kami juga menggunakan kasut sebagai ganti kepada batu yang boleh membahayakan orang ramai ke arah papan yang tertera lambang Israel dan Umno, peristiwa lontaran ini berlaku berdekatan pintu pagar luar masjid dan agak jauh dari org ramai. Perbuatan inikah yang menyebabkan Tuan Mufti kata kami biadab dan hukumnya haram. Dan yang peliknya kenapakah Tuan Mufti orang yang pertama menghidu bau telur busuk sedangkan kami peserta demonstrasi tidak dapat menghidu bau busuk tersebut.

4.Ulama meletakkan satu kaedah iaitu sesuatu perkara yang ingin dijadikan hukum, hakim atau mufti mesti terlebih dahulu ada gambaran sesuatu perkara itu, maknanya ia mesti ada gambaran dan suasana himpunan seperti di manakah himpunan itu diadakan, guna telur busuk atau tidak, apa tujuan mereka berhimpun , apakah objek yg mereka lontar dan sebagainya.

Para ulama menyebut kalau berhukum tanpa ada gambaran maka hukum itu salah seperti yang sabit dari hadis Nabi SAW bahawa hakim yang berhukum tanpa pengetahuan dan gambaran terlebih dahulu maka tempatnya di neraka

5.Berkenaan dengan perlantikan Ahli JawatanKuasa Masjid tanpa mengikut tatacara perlantikan yang betul dengan membelakangi peraturan yang diguna pakai sebelum ini, adalah merupakan pencemaran terhadap masjid yang di lakukan oleh Parti UMNO dan Barisan Nasional. Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak yang dilantik hanya mereka yg menyokong Parti UMNO sahaja. Terdapat di kalangan pengerusi masjid jarang- jarang datang ke masjid malahan ada yg tak pernah datang ke masjid. Dan yang paling memalukan mereka ini mempunyai masalah moral. Sebenar nya, inilah pencemaran yang paling besar pernah yang di lakukan umno pada masjid seterusnya membunuh peranan institusi masjid yang sebenar iaitu sebagai rumah ibadah dan gedung ilmu.

Mengapa pencemaran dan penghinaan terhadap masjid yang dilakukan oleh Umno danBarisan Nasional tidak dikritik oleh SS Mufti, sedangkan ini adalah suatu yang lebih besar tidah dilihat oleh Mufti

Almarhum Dato’ Fadhil Nor pernah menceritakan, seorang murid yang belajar sepuluh tahun dengan seorang guru tetapi tidak pernah naik darjah. Suatu hari dia bertanya kepada gurunya. “ Tuan, saya telah belajar hampir sepuluh tahun tetapi kenapa tidak naik darjah?” maka tuan guru itu pun pergi dekat satu tembok lalu dia mengambil arang dan membuat titik pada tembok tersebut. Maka beliau bertanya kepada muridnya itu, “ apakah yang kamu nampak di hadapan kamu?” Jawab murid itu: “ Titik hitam” . “ Sebab itulah kamu tidak naik darjah, tembok yang besar kamu tidak nampak tetapi titik hitam yang kecil itu kamu nampak.”

Telur yang dilontar ke arah lambang zionis di luar masjid sekitar 5 minit dikritik hebat dan diiktiraf sebagai biadab. Pengerusi dan jawatankuasa masjid yang tidak berakhlak dan terlalu jarang datang masjid sehingga ada yang tak pernah peduli untuk meningkatkan peranan masjid tetapi masih dilantik untuk tempoh tiga tahun tidak dikritik dan tidak biadab
6. Sekiranya pihak Tuan Mufti merasakan bahawa dengan menyokong kami akan menjejaskan Tuan Mufti, maka diam adalah sebaik-baik jawapan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت
“Sesiapa yg beriman dgn Allah dan hari akhirat maka berkatalah perkara yg baik atau diam”

(Hadis riwayat bukhari dan muslim)

Perjuangan kami ada fakta melalui hadis yang pernah diungkapkan oleh Junjungan besar Nabi SAW :

أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر
“Jihad yang paling afdhal perkataan yg benar di hadapan pemerintah yg zalim”
Persoalan jihad ini mesti didahulukan bagi yang mampu dan pihak kami mampu sertasanggup menerima ancaman dari pemerintah dan sama sekali tidak sanggup menerima ancaman Allah seperti firman Allah :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).(Surah Taubah ayat 24)

Dengan pendedahan yang telah dijelaskan di atas maka disini saya ingin bertanya kepada Tuan Mufti dan agar saya diberikan PENJELASAN secara Ilmiah dari pihak Tuan Mufti :

Pertama : Mengapakah Kerajaan Malaysia sanggup melantik sebuah Syarikat Firma Perunding yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Rejim Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal menyeksa dan menzalimi orang Palestin diberi peluang untuk membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO sebagai Firma Perunding kepada Kerajaan Malaysia, ini bermakna pengaruh Zionis, kini telah mula dibenarkan untuk menentukan hala tuju negara, serta mempunyai akses kepada semua kepentingan kerajaan termasuklah maklumat-maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Adakah ini tidak membimbangkan pihak Tuan Mufti?

Selain Israel dan Amerika Syarikat yang dapat mengakses maklumat-maklumat ini, perlu diketahui juga oleh pihak Tuan Mufti bahawa di antara pemimpin ASERO, satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng iaitu seorang bekas polis Singapura.

Kedua : Apakah Pendirian Tuan Mufti setelah mendengar penjelasan yang telah saya jelaskan di atas, adakah Tuan Mufti masih lagi menyokong usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia pimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak atau akan bersama-sama kami menentang kerjasama antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Firma Perunding APCO Worldwide. Dengan ini saya serta sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan keselamatan negara Malaysia memohon Tuan Mufti untuk menyatakan pendirian Tuan Mufti. (Kenyataan ini disiarkan didalam Blog Dewan Pemuda PAS Negeri Perak : dppperak.blogspot.com).

KESIMPULAN

1. Keputusan Perdana Menteri untuk bekerjasama dan berganding bahu serta membuka ruang Malaysia kepada pengaruh rejim Zionis dan anti-Islam wajib dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

2. Perdana Menteri Malaysia mesti memohon maaf kepada seluruh masyarakat dunia umumnya dan Malaysia khususnya yang cintakan keamanan dan prihatin pada rakyat palestin kerana telah bekerjasama dengan rejim Zionis.

3.Semua Ulama dan ahli fikir yg mengetahui tindakan Kerajaan Malaysia ini mesti memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang besar. Ada seorang datang bertanya kepada Sayyidina Abdullah ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhu tentang hokum darah nyamuk yang terkena baju. Abdullah ibnu Umar Radiyallahu Anhu bertanya: “orang ini datang dari mana?“ mereka memberitahu bahawa dia datang dari Iraq. Kata Abdullah bin Umar:Darah Sayyidina Hussin Cucu Rasulullah SAW yang ditumpahkan dengan zalim kamu tidak tanya tetapi darah nyamuk yang terkena baju yang kamu tanya” Sepatutnya mufti jawab begitu kepada wartawan berita harian, kenapa tidak Tanya tentang APCO zionis busuk ceroboh Negara kita “ kamu datang dari akhbar yang besar untuk Tanya hokum telur busuk ?

4. Harapan kami agar mufti tegas dengan ilmunya seperti Imam Nawawi iaitu Penyusun Kitab Riadhus Solihin yang selalu Dato Mufti gunakannya ketika mengajar di Masjid dan Surau-surau. menurut riwayat bahawa apabila Baginda Sultan Az Zahir telah mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar(Monggol), timbul satu persoalan adakah diharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. Lalu Baginda bertitah meminta fatwa dari Imam Nawawi. Imam NAWAWI telah memberikan penjelasan seperti berikut:-

“Ampun Tuanku

Adalah patik sememangnya mengetahui bahawasanya tuanku dahulunya adalah seorang tawanan yang tidak ada sebarang harta benda, tetapi dengan pertolongan Allah dilimpahkan kurnianya kepada tuanku dengan dijadikan tuanku seorang raja.

Ampun Tuanku

Adalah patik telah mendengar bahawasanya tuanku ada memiliki seribu orang hamba, tiap-tiap seseorang ada mempunyai beberapa ketul emas. Manakala 200 org khadam wanita milik tuanku, masing-masing mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai.

Andaikata tuanku sendiri membelanjakan semua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka patik bersedia memberikan fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat”.

Kesimpulannya, beliau berfatwa bahawa baginda tidak dibenarkan mengambil harta rakyat selamamana kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan. Baginda sultan Az Zahir murka kepadanya kerana fatwanya yang amat menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi segera keluar dari damsyik. Imam Nawawi menerima sahaja perintah pengusiran itu dengan girang hati. Lalu beliau pun keluar ke Nawa. Para ulama’ syam telah berusaha menjemput beliau balik semula ke Damsyik, tetapi beliau enggan sambil berkata ‘ saya tidak akan balik ke Damsyik selagi baginda masih berkuasa”

5. Harapan kamai agar mufti tidak seperti Ali Abdul Raziq seorang ulama Azhar suatu ketika dahulu yang menulis buku memisahkan agama dengan politik pemerintahan islam. yang mahu meletakan agama di masjid sahaja tanpa melibatkan politik islam. Politik islam perlu disangkut dipintu masjid. Akhirnya Majlis ulama azhar telah menarik balik segala anugerah akademik dan gelaran yang diberi oleh Al Azhar. Ini menunjukkan betapa hinanya ulama seperti itu.

Rasul pernah mengecam mereka yang mengetahui sesuatu perkara tetapi menyembunyikannya dgn sabdanya :

من سئل عن علم يعلمه فكتمه ألجم يوم القيامة بلجام من نار
Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu yang diketahuinya maka dia menyembunyikannya nescaya pada hari kiamat kelak dia akan dikekang dengan tali kekangan dari api neraka.(hadis riwayat ahmad)

MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Perak

Friday, April 23, 2010

BERITA GEMPAR! Anwar Ibrahim keluar PKR

KUALA LUMPUR 22 APRIL: Kempen pilihanraya kecil di Hulu Selangor dihangatkan lagi dengan berita mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim dengan secara rasminya hari ini telah mengisytiharkan untuk keluar daripada parti PKR (Parti Keadilan Rakyat) dengan memberikan sebab telah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

Kejutan ini adalah daripada rentetan beberapa peristiwa sebelum ini dimana ramai pimpinan dan ahli-ahli PKR yang membuat pengumuman keluar daripada parti itu dengan memberikan sebab telah hilangnya kepercayaan mereka terhadap pucuk pimpinan parti.

Berita terbaru ini merupakan satu pukulan maut kepada PKR dalam menangani beberapa isu yang dibangkitkan oleh BN di dalam siri kempen mereka di Hulu Selangor.

Seluruh jentera parti kini dikatakan telah lumpuh akibat daripada berita yang paling mengejutkan seluruh ahli-ahli dan pimpinan di dalam PKR sendiri. Ramai yang masih tidak dapat menerima berita terbaru ini di dalam kempen di Hulu Selangor yang hanya berbaki dua hari sahaja lagi. Tinjauan rambang mendapati seluruh rakyat tidak percaya akan berita ini.

Ini adalah kerana hanya mereka-mereka yang tidak boleh berfikiran waras dan mengikut membuta tuli sahaja yang akan percaya akan berita seperti ini.

Inilah berita yang paling diidamkan oleh Najib dan Umno/BN selama ini. Bagaikan bulan jatuh ke riba jika mana-mana media arus perdana yang dapat menyiarkan berita paling hebat masa kini.

Jika anda yang sedang membaca berita ini juga percaya akan berita yang dilaporkan ini, bermakna anda telah membiarkan diri dan minda anda dijajah serta dimanupulasi oleh media arus perdana yang semakin hari begitu menggila menyiarkan berita-berita yang penuh tipu daya tanpa ada sedikit pun rasa bertanggungjawab terhadap berita-berita yang mereka siarkan.

Jangan biarkan diri anda diperbodohkan oleh mereka-mereka setiap hari.

* Berita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata. Maaf Dato Seri....

Thursday, April 22, 2010

Perutusan Mursyidul Am PAS buat pengundi Hulu Selangor

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam Sejahtera.

Firman Allah SWT (al-An’am 6:162),



Maksudnya, “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

Sesungguhnya, segala puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian juga yang teramat tinggi kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah, Nabi pengakhir zaman.
Didoakan kepada semua pengundi bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan hendak-Nya.

Tuan-puan, dan saudara-saudari yang dihormati sekalian.

Bersempena dengan musim kempen pilihan raya ini, sukacita saya mengingatkan diri saya dan menyampaikan ingatan sama kepada sidang pengundi sekalian yang bakal mengundi pada hari Ahad, 25 April 2010 nanti.

Jadilah ingatan ini sebagai panduan utama untuk sidang pengundi sekalian menjadi seorang yang berhak mengundi, menunaikan tanggungjawab mengundi dan memangkah kertas undi dengan pasangkan niat , “sesungguhnya aku mengundi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.”

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada cara hidup beragama. Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid –– rumah Allah Tuhan yang Maha Kuasa.

Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup beragama (muslim sejati) berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah “sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi ‘alami).” Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab beragama –– sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati.

Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya –– terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat. Di samping berlaku tingkah laku yang di luar daripada sifat kemanusiaan seperti membuang bayi dan pembunuhan sesama insan.

Perkara kedua yang perlu diingati ialah tindakan pemimpin Umno yang telah menghapuskan penggunaan tulisan jawi. Tulisan jawi juga dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari, menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi itu.

Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran, dan ia adalah warisan ilmu orang Melayu zaman berzaman. Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran. Inilah bahananya dasar Umno.

Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi.
Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat Islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi.

Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi?

Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian. Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi.

Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang. Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat. Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa ‘apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.’ Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip ‘sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.’ Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno.

Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular. Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata. Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik tiada kaitan dengan dosa dan pahala lagi. Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa. Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW.

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi yang dikasihi sekalian.

(Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum. Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu. Dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.

Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak Melayu dengan hak bukan-Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS. Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-BN dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, ‘royalti’ ditukar kepada ‘ihsan’ dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.

Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu. Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS.

Oleh itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup beragama. Sesungguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua kaum. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),

Bermaksud, “wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai .”

Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.

Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari parti KeADILan. Saya penuh yakin dan percaya di atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan menteri kabinet, sesungguhnya beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membela dan menunaikan harapan rakyat di parlimen Hulu Selangor. Keluarlah mengundi beramai-ramai, jangan hiraukan ugutan Umno-BN dan selamat mengundi.

Semuga tuan-puan, dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

“Harapan Baru Malaysia”
*** PAS UNTUK SEMUA ***

Sekian.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Mursyidul Am PAS

Lawatan PM bukti mahu tunduk terhadap polisi AS

Malaysia sedari awal digambarkan sebagai negara umat Islam yang membangun, produktif, antara yang paling aman serta mengalami pertumbuhan FDI, teknologi dan institusi pendidikan yang tinggi di kalangan negara umat Islam yang lain.

Malah melalui OIC, malaysia menjadi harapan kepada dunia Islam yang ingin sangat menrungkai jauh islamophobia di kalangan barat dan sekutunya, membaiki persepsi luar terhadap dunia Islam, menjadi duta untuk melobi bahawa negara Islam adalah antara blok yang boleh menjadi kuasa penentu ekonomi dunia, kestabilan keselamatan dunia dan sebagainya.

Malaysia yang juga memimpin OIC boleh berperanan dengan berkesan jika kita terus-menerus melobi agar negara lain turut cakna dan aktif bersuara lantang untuk membela umat Islam sedunia. Kini uamt Islam sedunia makin parah masa depannya akibat polisi Amerika yang semakin lama semakin terpesong daripada kempen awal counterterrorist policy mereka.

Melalui lawatan dan pertemuan PM dengan Presiden AS baru –baru ini, rakyat dan umat Islam sedunia mulai ragu peranan Malaysia sebagai duta diplomatik yang boleh menhubung jalinkan hubungan antara blok barat dengan Islam serta membuang prasangka barat terhadap umat Islam da sistem agamanya. Obama yang memiliki agenda tersirat untuk melobi sebanyak mungkin negara – negara terutama dari kalangan dunia ketiga dan negara yang mewakili Islam khususnya demi menyokong dasar washington yang ingin mneyekat hak Iran memperkayakan pengeluaran uraniumnya.

Tidak cukup dengan kuasa PBB, IEA dan sebagainya, AS kini inginkan lidah-lidah umat Islam pula dijadikan ‘wasilah’ dan kini Obama berjaya bertawasul dengan lidah Perdana Menteri kita untuk mengiyakan ‘keganasan’ yang dibuat oleh Iran hanya kerana memproses nuklear.

Malah sebelum malaysia yang cukup kerdil dalam arena nuklear, AS telah berjaya melobi kuasa besar dunia seperti China, Britain, Perancis, Jerman da Russia.

PM sendiri mengakui dalam perbincangan bersama Obama, betapa pelrunya Iran mentaati arahan PBB, NPT dan IEA untuk menghentikan proses nuklearnya walaupun telah ada janji daripada Tehran bahawa nuklear mereka hanya untuk penjanaan elektrik da sumber tenaga tertier semata-mata.

Adakah Perdana Menteri kita tidak sedar bahawa tarian AS yang memalu gendang agar dunia merestui serangan mereka ke atas Iraq pada 2003 hanya atas alasan senjata pemusnah adalah ternyata palsu? Bukankah pegawai penyiasat ke Iraq sendiri mengakui tiada langsung senjata pemusnah di Iraq?

Persoalannya mengapa perlu PM kita menari megikut tarian Islamofobia AS? Kemunculan Obama dalam pentas politik White House dimulakan dengan pelbagai slogan dan retorik untuk membaik pulih hubungan antara AS dan dunia Islam demi meredakan kudis 11 September yang dicipta oleh AS sendiri.

Rasanya Perdana Menteri kita cukup arif betapa negara yang sekian lama menyalahgunakan senjata adalah AS dan sekutunya! Iran tiada rekod holocoust atau genosid etnik dilakukan oleh mereka. Iran tiada rekod silam penyalahgunaan nuklear dengan menghancurkan mana-mana negara.

Sebaliknya AS sarat dengan data dan statistik jenayah perag di Vietnam, Afghanistan, Iraq, usaha mereka membantu Israel membantai Palestin dan pernah diam membungkam melihat Serbia meratah Bosnia pada awal 1990an dahulu. Malaysia pernah menganjurkan ‘jihad’ menentang kezaliman Isral-AS melalui kempen We Want Peace serta kempen Aman malaysia, namun kini membawa masuk syarikat APCO World wide (Yahudi Zionis yang nyata pro dengan kezaliman AS) ke dalam pentadbiran negara.

Dunia Islam telah lama dicengkam oleh Barat dan kini diketuai oleh AS melalui oelbagai perjanjian yang akhirnya merugikan umat Islam. Perjanjian damai di antara Palestin dan Israel yang ditaja Amerika telah memaksa umat Islam untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah walau pun Israel didirikan di atas tanah yang dirampas daripada orang Islam, Perjanjian Pencegahan Penularan Nuklear (NPT), yang menghalang Iran dari membuat senjata nuklear sedangkan Amerika memberi teknologi nuklear kepada Israel dan India yang tidak menandatangani NPT; Perjanjian AFTA (Perjanjian Perdagangan Bebas Asia Tenggara) yang memberi peluang kepada syarikat asing mengeksport produk mereka tanpa sebarang halangan; dan Perjanjian PerdaganganBebas (Free Trade Agreement, FTA) yang telah dimeterai antara Amerika dan Malaysia serta Malaysia dan Jepun.

NPT adalah umpama paspot besar AS untuk menghalang sebarang kebangkitan teknologi dari blok Islam. Tesis Samuel Hungtington berkenaan potensi besar blok Islam mendominasi dunia barat cukup menjadi paranoid AS sejak zaman Bush dan kini Obama mewarisinya lagi. NPT juga menjadi wazan untuk AS melobi dunia ketiga membenci Iran dan mana-mana negara umat Islam yang ingin bangkit maju. Maju yang direstui oleh AS adalah negara-negara yang hanya sibuk untuk menaikkan kadar FDI, sibuk memperomosi KDNK kepada dunia, sibuk dengan ekonomi berependapatan tinggi dan sebagainya. Malah AS cukup bangga dengan negara-negara yang korup dalam institusi ketenteraannya termasuk korup dalam pembelian senjata dan instrumen perang.

Kini Kajian Semula Pendekatan A.S. Terhadap Nuklear (NPR) menjadi alat baru AS untuk melobi dunia agar setuju dengan wayang mereka memusuhi negara yang ingin juga mmeiliki nuklear. Melalui NPR Pentadbiran Obama ingin memaksa masyarakat global untuk mematuhi perjanjian NPT. Di bawah perjanjian ini, negara-negara yang ada senjata nuklear bersetuju untuk melucutkan senjata nuklear mereka, sementara negara-negara tanpa senjata nuclear pula bersetuju untuk tidak membuat senjata nuklear, dan memberi hak negara lain membina tenaga nuklear untuk tujuan keamanan.

Menurut teks Kajian Semula Pendekatan A.S. Terhadap Nuklear, "Amerika Syarikat tidak akan mengguna atau mengancam untuk menggunakan senjata nuklear ke atas negara-negara yang tidak mempunyai senjata nuklear yang menjadi ahli di dalam NPT dan mematuhi syarat-syarat perjanjian pengawalan nuklear tersebut." Namun AS ghairah melaung bahawa negara membangun yang memiliki nuklar berpotensi menjadi ganas. Objektifnya, ganas adalah subjek yang ingin dibincangkan. Bagaimana pula negara yang kononnya baik dan berdisiplin dengan NPT seperti AS tetapi ganas membunuh umat Islam serata dunia? Perdana Menteri kita perlu disedarkan hakikat ini.

Rakyat boleh menilai betapa kunjungan PM ke AS hanya untuk membina imej bukannya menjadi duta umat Islam. Malaysia yang giat mencanangkan dirinya sebagai wakil umat Islam tidak boleh menanggalkan label tersebut walau di mana sahaja lawatan kerja kerajaan serata dunia.

Sampai bila pemerintah negara ini ingin menghanyutkan rakyat dengan kalimah dongeng yang indah tetapi kosong. Umpama India yang memujuk kemiskinan rakyat melalui lambakan filem cinta yang idealis, indah dan mewah. Daripada konsep Isla Hadhari, 1 Malaysia kini pula menyusul Model Ekonomi Baru (MEB) yang mengitar semula masalah defisit negara kepada bentuk kerugian yang baru.

Jika alasan PM mengunjungi AS untuk melobi negara yang dikatakan memiliki kuasa ekonomi yang kuat, ia adalah salah dan karut. Setakat maklumat tahun daripada Monthly Budget Review yang boleh ditinjau di laman www.cbo.gov, hutang AS sendiri adalah berjumlah $12 trillion (November 2009) iaitu 83% daripada KDNK. Hasil negara pula hanya $2.106 trilion (2009) berbanding perbelanjaan negara sebanyak $3.515 trilion (2009). Malah AS adalah antara negara yang paling tinggi mengalami defesit belanjawan tahunannya serta masih samar cara untuk merawatnya secara jangka panjang melainkan menipu dunia melalui stimulus jangka pendeknya sahaja.

Jika malaysia inginkan rujukan dari aspek kemampanan ekonomi, pertubuhan FDI, pengurusan awam yang kian cemerlang, PM perlu melawat ke negara kuasa baru ekonomi dunia iaitu BRAIC (Brazil, Rusia, India dan China). Sekurang-kurangnya negara-negara tersebut tiada lagi rekos jenayah perang, parasangka buruk terhadap Isla yang sedahsyat AS da sekutunya.

Dalam hal melobi negara luar untuk memperkukuhkan negara, PM perlu sedar bahawa kemampanan hubungan seranta bukan sekadar boleh ditangani melalui lawatan dan diskusi bertema sahaja tanpa ada agenda jauh yang berperinsip. Dialog peradaban yang bersungguh untuk meruntuhkan Islamofobia barat dan AS perlu dijalankan dan bukannya mengangguk terhadap persepsi negatif AS terhadap umat Islam.

Anwar Ibrahim pernah menyatakan,

“ Dialog pelru berterusan dan berlandaskan kejujuran serta kesungguhan untuk memahami satu sama lain. Setiap pihak mesti keluar daripada tempurung pemikiran melampaui sempadan kebudayaan masing-masing. Persengketaan lama perlu dilupakan seperti yang diungkap oleh T.S Eliot, we must not revive old factions, restore old policies or follow an antique drum” (Gelombang Kebangkitan Asia)

AS perlu disedarkan betapa dasar zalim mereka tidak akan membantu defisit nilai, sosial dan ekonomi mereka kini. Tanpa sokongan blok Islam dan Asia, AS akan runtuh menyembah bumi seperti mana kuasa hegemoni sebelumnya. Peranan pemimpin seperti PM Malaysia adalah terletak dalam konteks sebegini dan bukannya menambahkan keangkuhan AS terhadap umat lemah serata dunia.

PM kita berkata sentimen dan sikap AS terhadap Malaysia telah berubah bukan sahaja oleh Presiden Barack Obama dan pentadbirannya tetapi juga menjangkau ke Capitol Hill dalam kalangan senator dan ahli Kongres serta sektor swasta. Selain imej Islam yang dipandang rendah oleh AS, kezaliman, penyalahgunaan mahkamah, salah laku pemimpin, dan rasuah juga memberi imej negatif terhadap Malaysia jika kita teliti sekian banyak kajian dan dokumentasi pemerhati bebas.

Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha TERAS Perak

Wednesday, April 21, 2010

DAP cabar Umno buat pengakuan tak minum arak

Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga membidas tindakan BN yang menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya sebagai terdesak dan tidak mempunyai kelas.

"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.

"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi.

-malaysiakini

PAS tambah bilangan petugas di Hulu Selangor (PKR pula bagaimana?)

PAS: Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak

BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

B
ercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:

"Tengoklah kalau (mereka) agak (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.

Mustafa juga berkata, selain Zaid, dua lagi pemimpin Pakatan yang sering menjadi mangsa serangan peribadi kali ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sendiri.

"The Ibrahim brothers (adik-beradik Ibrahim)," guraunya lagi.

-malaysiakini

Tuesday, April 20, 2010

Katak Jelapang dapat 'Datuk', katak Behrang dan C.Jering bagaimana?

It's 'Datuk' Hee for the Jelapang Adun

By Clara Chooi

KUALA LUMPUR, April 19 — Once dubbed as “the most hated woman in Malaysia”, the Jelapang assemblyman who helped bring down the Perak Pakatan Rakyat (PR) government last year will now be known as “Datuk Hee Yit Foong”.

The deputy state speaker was awarded the Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) in conjunction with the Sultan’s 82nd birthday today. .

The now Barisan Nasional-friendly (BN) independent will receive the award at an investiture ceremony today.

The polio patient was one of three state assemblymen in Perak whose decision to turn independent in the 59-seat assembly changed the power equation in February 2009. Hee is the only one to receive the award among the three.

Her involvement had led to a steady stream of criticisms and accusations from her former party colleagues who strongly believed that the estranged former DAP leader was on the Barisan Nasional’s payroll.

Hee had the distinction of being the first non-Malay female and disabled person to be appointed as Deputy Speaker in the state legislative assembly when PR took power after Election 2008.

Today, she will be among the 919 to be conferred awards and titles from the state’s ruler Sultan Azlan Shah and one of the 56 to receive the title of “Datuk”.

Ironically, she will now share the same accolade as that accorded to her former party’s chief, Perak DAP chairman Datuk Ngeh Koo Ham.

Bernama reported that Sultan of Johor Sultan Ibrahim Ismail Almarhum Sultan Iskandar topped the recipients list and will be conferred the Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK).

He is followed by Perak Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman who will receive the Darjah Yang Teramat Mulia Darjah Kerabat Azlan II (DKA II).

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin will be conferred the Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Teramat Dimulia (SPSA), which carries the title Datuk Seri Diraja.

Chief Justice Tun Zaki Tun Azmi will receive the Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM), which carries the title of Datuk Seri.

Four recipients will receive the Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP), which carries the title Datuk Seri — Chief Judge of Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, Perak state secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, Orang Kaya-kaya Laksamana Raja Mahkota Datuk Mohd Amin Shukeri Ali Akbar and Muneyoshi Ueda, a Japanese philanthropist.

-themalaysianinsider.com

Ajijoi ~ Cara Umno membalas jasa kerana menjatuhkan kerajaan PR. Tetapi sayangnya, apabila katak Cina diberikan laba manakala katak Melayu duduk menganga.

Followers