Sunday, March 31, 2013

Saturday, March 30, 2013

'Auntie Huru-Hara' ditubuhkan Shahrizat buat Wanita Umno


Shahrizat Abdul Jalil yang sebelum ini telah menghuru-harakan negara Malaysia dengan skandal lembu NFCnya kini kembali menjadi tajuk berita.

Beliau seakan tidak mahu namanya dilupakan terus daripada arena politik negara, walaupun telah memalitkan gelaran lembu buat Wanita Umno yang dipimpinnya.

Terbaru, Shahrizat sekali lagi dengan beraninya (walaupun tanpa bukti) telah menuduh yang pihak pembangkang akan melakukan huru-hara pada hari mengundi kelak. Ini katanya kerana pihak pembangkang begitu takut dengan BN sehingga akan menghalang wanita Umno daripada keluar mengundi.

Bunyi tuduhannya itu tak ubah seperti pepatah 'Mengata Dulang Paku Serpih' kerana kenyataannya sekarang ini, BN dan Umnolah yang amat gerun dengan kebangkitan rakyat sehingga berjaya mencipta sejarah negara apabila tidak membubarkan parlimen sehingga tamat tempohnya selama lima tahun.

Ucapan selamat diperguna sekali lagi buat Wanita Umno apabila tertubuhnya skuad 'Auntie Huru-Hara' oleh Shahrizat hari ini. Mungkin auntie-auntie di dalam Wanita Umno belum cukup puas dengan gelaran LEMBU yang dipalitkan kepada mereka oleh Ketua Wanita Umno itu.


Wanita Umno tubuh pasukan anti 'huru-hara' Pakatan
Wanita Umno akan menubuhkan satu pasukan gerakan bagi menghadapi huru-hara yang didakwa akan dicetuskan oleh pihak pembangkang.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil mendakwa, berdasarkan maklumat yang diperoleh, huru-hara itu dilakukan bertujuan untuk menakutkan orang ramai agar tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Oleh kerana pembangkang takut dengan BN, maka mereka telah buat perancangan tetapi sudah dibongkar oleh media.

"Pada hari nak mengundi nanti, mereka (pembangkang) akan wujudkan keadaan huru-hara supaya penyokong BN takut untuk keluar mengundi.

"Jadi Wanita menubuhkan task force bagi memberitahu pengundi supaya keluar secara aman pada hari mengundi. Dan (pasukan) ini akan ada di semua peti undi," dakwanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian semasa merasmikan Majlis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama warga perumahan PDRM Desa Tasik sempena Hari Polis ke-206 hari ini di ibu negara. - Malaysiakini

(Video) Bila masa Umno perjuang Melayu? - Cikgu Nazri



Ceramah ini disampaikan oleh Cikgu Nazri, bekas AJK Umno Bahagian Gopeng di Kg Sg Rokam pada 23 Mac 2013

Cikgu Nazri mencabar mana-mana ahli atau pemimpin Umno untuk menyaman beliau jika terdapat dakwaannya selama ini tidak benar sama sekali 

(Video) Tanah Rizab Melayu dikongsi sesama mereka - Dato' Ramli Buyong


Ceramah oleh Dato' Ramli Buyong, Bekas Naib Presiden Felcra Berhad di Kg Sg Rokam pada 23 Mac 2013


Keselamatan pimpinan menurut sunnah


"Mengikut sebuah hadis diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Musa al-Asy'ari r.h.m. Pada suatu hari, Abu Musa Al-Asy'ari berazam untuk mengikuti pergerakan Rasulullah SAW. Lantas beliau pergi mencari Baginda  di Masjid Nabawi tetapi tidak menjumpainya di situ.

Beliau terus mencarinya sehinggalah beliau mendapati Rasulullah SAW berada di dalam sebuah kebun. Baginda sedang duduk di pinggir telaga dengan kakinya terjuntai ke dalam telaga Aris itu. Beliau pun memberi salam kepada Baginda dan kembali semula ke pintu telaga itu sambil berazam untuk menjadi pengawal kepada Baginda untuk hari itu.

Tiba-tiba pintu telaga ditolak dari luar dan Abu Musa mendapati Sayidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. berada di pintu tersebut. Abu Musa pergi memberitahu Rasulullah SAW tentang kedatangan Abu Bakar itu. Rasulullah SAW menyuruh Abu Musa membenarkannya masuk dan mengkhabarkan berita gembira bahawa dia (Abu Bakar al-Siddiq r.a.) adalah ahli syurga. Abu Musa pun mempersilakan Abu Bakar r.a. masuk.

Kemudian, Abu Musa terus menunggu di pintu itu sambil mengharapkan agar ada saudaranya yang datang. Tiba-tiba pintu diketuk lagi. Sayidina Umar bin al-Khattab r.a. pula muncul di muka pintu. Beliau pun pergi memberitahu Rasulullah SAW dan Baginda memberi arahan seperti sebelumnya. Umar bin al-Khattab r.a. pun masuk dan duduk di sebelah kiri Rasulullah SAW. Manakala ABu Bakar r.a. duduk di sebelah kanan Rasulullah SAW dengan kaki mereka terhulur ke dalam telaga itu.

Abu Musa pun kembali semula ke pintu tersebut dengan perasaan tertunggu-tunggu siapakah lagi orang yang bertuah pada hari itu. Pintu telaga diketuk lagi dan kali ini Sayidina Usman bin Affan r.a. pula yang muncul. Abu Musa pergi meminta keizinan Rasulullah SAW dan Usman juga dibenarkan masuk. Rasulullah SAW juga menjaminkan syurga buatnya dengan sebab musibah dan fitnah yang bakal menimpa dirinya.

Apabila Usman mendengarnya beliau pun mengucapkan:
Allahu musta'an (Allah Maha penolong)

Kemudian, apabila Usman r.a. hendak duduk di telaga itu, tempat di sebelah Rasulullah SAW telah penuh, lalu beliau pun duduk berhadapan dengan mereka bertiga."

Kisah di atas di petik daripada buku Madinah Munawwarah, Kelebihan dan Sejarah karangan Dr. Abdul Basit Abd. Rahman.

Kisah ini apabila diteliti, ianya tersirat sebuah sunnah dalam melindungi, mengawal dan juga menjaga keselamatan pimpinan.

Dalam konsep yang ada pada hari ini, kita yang bekerja dalam satu jamaah sudah pasti ingin memberikan sedikit sumbangan dalam kerja-kerja jamaah bersesuaian dengan kemampuan dan kelebihan yang ada pada diri kita.

Begitu juga dengan bahagian keselamatan para pimpinan jemaah yang sentiasa di intai pihak lawan tak kira  tempat dan masa.

Seperti mana kisah di atas yang mana Abu Musa al-Asy'ari yang berazam untuk berkhidmat kepada Baginda Rasulullah SAW telah mengambil peluang untuk menjaga dan mengawal keselamatan Baginda. Kawalan dan khidmatnya itu pula dilakukan dengan cara yang beliau mampu dan tahu, tanpa bantahan mahupun tolakan daripada Baginda Rasulullah SAW sendiri.

Kisah ini membawa mesej bahawa peri pentingnya dalam menjaga keselamatan pimpinan kita setiap masa, apatah lagi saat dan ketika ini, fitnah dan kekacauan sering dilakukan untuk menggugat para pemimpin yang kita sayangi.

Hadis di atas telah memberikan contoh terbaik agar sunnah menjaga keselamatan pemimpin itu diberi perhatian yang serius dan penting.

Agak sedih juga apabila terdapat sekumpulan ahli jemaah yang rela berkhidmat mengikut kemampuan yang mereka ada untuk memastikan keselamatan pemimpin kita, tanpa meminta balasan wang ringgit dan pujian, sanggup menginfaqkan masa, tenaga dan harta, telah dikesampingkan usaha dan niat mereka.

Langsung tiada ruang untuk mereka mencurahkan bakti, mengumpul sedikit pahala.

Siapalah kita untuk menafikan sunnah Nabi seperti yang disampaikan melalui hadis di atas?

Wallahu aklam

(Video) Mahasiswa mahu pendidikan percuma - Yiwa Yogeswari


Ceramah disampaikan oleh Yiwa Yogeswari, Setiausaha Wanita Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Perak di Kg Sg Rokam, Ipoh pada 23 March 2013



Saudari Yiwa Yogeswari walaupun beragama Hindu dan berbangsa India, namun sedikitpun tidak kekok berdiri di pentas mewakili parti Pas melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) berceramah mengenai keadilan dan kebenaran.

Friday, March 29, 2013

Tahan treler jelajah PAS 'arahan' pihak tertentu?


GOPENG: Akibat ditahan pihak berkuasa, program jelajah treler berkebajikan PAS yang dijadual berlangsung di Gopeng tertangguh lebih sejam malah terpaksa diubah dari Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.



Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Radzi Zainon berkata, pihaknya kesal dengan penahanan dan pemeriksaan treler itu yang diyakini dibuat 'atas arahan' pihak tertentu bagi mengganggu program yang dianjur hari ini.

"Kita lihat bila Barisan Nasional (BN) buat program, bukan sahaja tiada halangan malah anggota keselamatan turut memberi kerjasama.

"Tetapi apabila Pakatan Rakyat, bermacam-macam halangan diwujudkan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak hadir ke tempat program tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang kecewa dengan tindakan penahanan treler itu berkata, semua pihak sewajarnya bertindak profesional dalam dalam menangani perbezaan politik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi.

"Tindakan polis yang mengikut arahan pihak tertentu menyebabkan program kita terjejas lebih dari sejam.

"Bukan itu sahaja kita terpaksa mengubah lokasi ke tempat yang lain, dan kita khuatir jika meneruskan program di lokasi yang asal sudah pasti pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di program jelajah di Pengkalan Pegoh.

Tengah hari tadi, lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS di Gopeng saja keluar dari lebuhraya.

Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut yang melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya memberi jawapan 'menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan'.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.

Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.

Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.

Semalam, treler tersebut turut dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting.

Difahamkan pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi.
- Harakahdaily

Thursday, March 28, 2013

Gambar Jelajah Treler Negara Berkebajikan di Dun Sg Rapat


28.3.2013 (IPOH) - Jelajah Treler Negara Berkebajikan PAS di Negeri Perak dijadualkan untuk membuat roadshownya di Station18 dalam Dun Sg Rapat jam 12 tengahari.

Tetapi agak malang sekali apabila treler tersebut telah disekat dan ditahan oleh pihak polis dan JPJ di laluannya ke lokasi yang telah ditetapkan. Laporan mengenai penahanan tersebut boleh dirujuk di dalam entri sebelum ini.

Oleh kerana treler tersebut ditahan, jadual asal jam 12 tengahari telah dilengahkan hampir sejam. Oleh yang demikian, pihak penganjur telah membuat perubahan dengan menukar lokasi daripada Station18 kepada tapak pasar malam Kg Pengkalan Pegoh. Kesemua yang telah lama menunggu di Station18 diminta untuk beralih ke lokasi yang baru.

Perancangan mereka untuk menggagalkan jelajah ini telah digantikan oleh Allah Taala dengan kelebihan dan kebaikan apabila lokasi ditukar. Lebih ramai yang turut serta di dalam jelajah ini kerana kawasan tersebut merupakan laluan utama dan sibuk sepanjang hari.

Mari kita lihat sekitar program tengahari tadi:

Inilah Treler Negara Berkebajikan PAS yang digunakan untuk pimpinan bertemu dengan rakyat di seluruh pelusuk negara

Treler yang boleh berubah menjadi sebuah pentas besar

Ustaz Radzi Zainon memberikan sedikit ucapan di atas pentas treler


Ustaz Radzi memberikan penerangan mengenai beberapa tawaran Pakatan Rakyat 

Ada yang menonton melalui dewan orang ramai

Ada yang datang ke hadapan treler


Pelakon Man Kadir atau lebih dikenali dengan nama Pak Jabit turut berucap

Celoteh pelakon 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' ini berjaya mencuit hati penonton

Selepas Pak Jabit selesai berucap, program terpaksa dihentikan demi memberi laluan untuk azan Zuhur daripada Masjid Kg Pengkalan Pegoh yang hanya bersebelahan sahaja.

Muslimat Pas Gopeng mengambil peluang bergambar di atas treler

Geng Taman Song Choon bergambar bersama Ustaz Radzi dan YDP Gopeng, Haji Rahim

Haji Asmuni berbincang mengenai penahanan polis tadi dengan krew treler

Bergambar kenangan dengan 'Optimus Prime' Treler Negara Berkebajikan PAS

Walaupun hanya sebuah treler tetapi gelak sakan tiga pimpinan Pakatan Rakyat itu telah mengganggu tidur dan mimpi pimpinan Umno Perak

Umno gelabah treler Pas masuk Pengkalan Pegoh




28 Mac 2013- Pengkalan Pegoh
Trailer PAS Negara Berkebajikan yang dijadulakan sampai sebelum jam 12 tegahari hari ini kelihatan tiada di lokasi Petronas Stesyen 18 Pengkalan Pegoh sehingga menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat yang telah ramai berhimpun di sana. Sejak semalam UPU Pengkalan Gate, Pengkalan Barat dan beberapa petugas MTD bertungkus lumus memasang bendera dan sebagainya.
Selepas dimaklumkan Trailer telah ditahan sekitar Sekolah Cina Poi Lam  ramai petugas PAS telah membanjiri lokasi dan berlaku pertikaman lidah dengan pihak polis.
Saudara Anuar Ibrahim selaku Pengurus Kempen Bakal Calon N43 merangkap pengarah lawatan Trailer di parlimen Gopeng telah mempertikai tindakan polis yang menahan trailer tanpa sebab musabab yang munasabah.
"JPJ kata itu urusan polis, polis kata ini urusan kerja JPJ, siapa yang bertanggungjawab sekarang? Trailer ni buat salah apa? Lesen, permit semua ada", hujah Anuar sebelum beliau meminta untuk berjumpapegawai yang bertanggungjawab.
Beberapa polis yang menahan mengatakan mereka hanya makan gaji dan tiada kuasa untuk melakukan apa-apa melainkan menurut arahan. PAS faham dilema yang berlaku di kalangan pegawai dan anggota polis bawahan.
Lebih pelik apabila JPJ minta untuk diperika isi dalam trailer sedangkan mereka boleh melakukannya sebelum trailer bertolak daripada lokasi asal. Beberapa petugas PAS melaung ‘ kami tak bawa senjata’. Banyak trailer lalu lalang di jalan berkenaan hari ini tetapi polis atau JPJ langsung tidak menahan mereka.
Beberapa sekatan polis sebenarnya telah dilakukan sejak pukul 11 pagi di beberapa lokasi menghala ke Pengkalan Pegoh. Antaranya di Lahat, Pengkalan Pegoh dan jalan sekitar Taman Pinji. Namun ia tidak menghalang rakyat untuk memenuhi lokasi yang dihebahkan.
PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa polis yang menahan mereka kerana mengambil kad pengenalan beberapa  pengiring trailer tanpa sebab. Malah lebih pelik sekatan dilakukan di lorong kanan, trailer lalu di arah kiri dan polis mengejar trailer menunjukkan mereka memang mensasarkan untuk menahan trailer dan bukannya memeriksa lesen atau cukai jalan pemandu awam.
Lokasi Trailer diubah ke tapak pasar malam Pengkalan Pegoh memandangkan ada satu sekatan lagi sebelum sampai ke Tesco Stesyen 18. Rakyat dihebahkan untuk berpindah lokasi dan sekelip mata rakyat mengerumuni trailer tersebut.
Majlis dimulakan dengan ucapan Anuar Bin Ibrahim sebelum berpindah kepada ucapan Ustaz Radzi Zainon sebagai bakal calon N43. Selepas itu Pak Jabit yang dinanti-nantikan mengambil tempat menyampaikan ceramah berapi beliau sambil menyanyikan lagu anak kecil main api versi BN.
Jika sekitar tahun 1980an dahulu PAS sendiri tidak terbayang akan menggunakan metod trailer untuk melebarkan syiar dan teknik penerangan mudah. Kini ia menjadi bayangan maut kepada UMNO sehingga terpaksa mengerah polis dan JPJ untuk melengahkan perjalanan trailer. Trailer ini tiada apa melainkan sistem pentas yang kompektif. Isi ceramah hanya ringkas tetapi ia cukup untuk menjadi mimpi buruk bagi pemimpin UMNO tempatan. Jika trailer PAS ditakuti oleh UMNO, ternyata UMNO memang jelas bacul dan penakut.
Menurut Pak Jabit, yang ditakuti UMNO bukan sekadar lori tetapi muka pimpinan Pakatan rakyat yang diusung ke sana ke mari yang ditakuti oleh UMNO. Lantaran itu Malaysia sebuah negara mengaku demokrasi tidak pernah memberi ruang pembangkang menghebahkan aktiviti mereka di dalam kaca televisyen mahupun radio.
Selepas Trailer singgah di lokasi baru, kelihatan trak kecil FRU dan sekatan polis di sekitar TESCO masih menanti tetapi polis menghentikan sekatan dan hanya minum sambil berbual-bual. Mereka hanya mensasarkan trailer dan terpaksa menjadi alat BN-UMNO selama mana UMNO masih memerintah negara ini.
Slogan baru mungkin sesuai digunakan, Optimus Prime PAS menakutkan Decepticon UMNO….itu baru lori.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat

- sumber: blog landskapsiasah

30 polis dan JPJ tahan treler PAS


(Polis dan JPJ menahan treler PAS)

IPOH: Lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS dekat sini sebaik saja keluar dari lebuhraya.

Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut selepas melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkua

Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.

Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.

Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.

Program yang pada awalnya dilakukan di Seksyen 18 terpaksa diubah ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.

Pemindahan lokasi terpaksa diubah apabila pihak penganjur mengatakan terdapat ramai anggota FRU dan polis berada di kawasan berkenaan.

- harakahdaily







Tuesday, March 26, 2013

SAMM & GABUNGAN BLOGGER REVOLUSI 13 MULAKAN GERAKAN HARAMKAN UMNO

Kenyataan Media
100 org pemain cyber berkumpul memulakan gerakan Haramkan Umno

Pada 24 Mac 2013 di Kuala Lumpur, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 telah mengadakan taklimat bersama hampir 100 orang pemain cyber (blogger/facebookers) pro perubahan. Pertemuan ini ialah siri awal ke arah memulakan gerakan yang dikenali sebagai 'Haramkan Umno'.

Umno sebuah organisasi politik yang ditubuhkan pada 946 telah diharamkan pada 4 Febuari 1988 melalui satu keputusan tinggi. Ini kerana pertembungan perebutan jawatan Presiden antara Dr.Mahathir dan Tengku Razaleigh telah dimenangi oleh Dr.Mahathir dengan taktik jahat antaranya ialah membawa perwakilan haram. Kes ini dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan Umno diharamkan. Kemudian Razaleigh telah cuba merayu keputusan pengharaman Umno tetapi sebaliknya Dr.Mahathir telah menggunakan kuasanya dengan memecat Tun Salleh Abbas (Ketua Hakim Negara pada ketika itu) dan menggagalkan persidangan rayuan pengharaman Umno. Rupanya apabila Umno asal (1946) diharamkan, Dr.Mahathir meraih keuntungan dengan menubuhkan Umno Baru dan terus memperkukuhkan cengkaman kuasanya.

Setelah mendapat hak penubuhan Umno baru beliau meminda akta pertubuhan 1966. Semenjak itu Umno amat besar kepala mereka memikirkan undang - undang negara sudah berada di bawah tapak kaki mereka. Semua perundangan termasuk akta pertubuhan diambil sambil lewa. Setelah Umno asal diharamkan maka semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan terbatal. Kemudian Umno baru ditubuhkan maka seharusnya semua proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula dari awal, namun merasakan mereka amat berkuasa maka banyak peringkat Umno telah tidak bertindak dalam mendaftarkan organisasi Umno peringkat tertentu semula. Kemudian keadaan bertambah parah ada juga berikutnya banyak cawangan Umno yang tidak menghantar dokumen tahunan seperti dikehendaki akta pertubuhan 1966.

Natijahnya tanpa sedar ribuan cawangan Umno merupakan cawangan haram. Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram menghantar perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram. Bahagian menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno secara automatik Umno itu sendiri haram.

Pada tahun 2008 dalam Umno bahagian Tanah Merah telah berlaku pergolakan perebutan jawatan, ada yang mahu bertanding jawatan utama ketika itu didapati tidak membayar yuran dan terdiri ahli dari cawangan haram. Maka kes mahkamah dibawa dan melalui proses mahkamah dibuktikan 126 cawangan Umno di Tanah Merah ialah cawangan yang tidak berdaftar dan cawangan dibatalkan pendaftaran iaitu cawangan haram. Ini diakui oleh Setiausaha Agung Umno sendiri dan Pendaftar pertubuhan cuma kes di mahkamah dibuang kerana pengadu yang membawa kes ke mahkamah telah dipecat melalui surat pemecatan yang dikatakan telah di back dated kan dan pengadu telah hilang status sah sebagai ahli (hilang local standi) untuk membawa kes ke mahkamah. 

Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan dengan perwakilan cawangan haram dan perwakilan dari mesyuarat haram Tanah Merah telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu yang seharusnya turut memberikan implikasi pengharaman PAU tersebut. 

Dari maklumat dalaman tiada cawangan Umno berdaftar di Jeli, Bachok dan Tumpat. Hanya sebilangan kecil cawangan Umno berdaftar di Kota Bharu. Carian dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan adalah haram. (sumber SIASAH 2010)

Carian juga telah dibuat di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Shah Alam, Pulau Pinang dan Alor Setar ke atas ratusan cawangan Umno namun Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan fail gagal dicari dan berada di Putrajaya. Persoalanya mengapa di Putrajaya ? 

Berdasarkan Seksyen 10 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan semua warga Malaysia diberi hak untuk memeriksa dokumen pendaftaran mana - mana organisasi berdaftardi Malaysia kecuali beberapa dokumen sulit seperti laporan kewangan. Malangnya carian di Putrajaya juga gagal mendapatkan maklumat yang dibenarkan berdasarkan akta pendaftar pertubuhan 1966 malah diwujudkan borang Pertubuhan 27 untuk membolehkan carian sepertinya dilakukan.

Diyakini seluruh negara 3/4 dari cawangan Umno adalah terdiri dari cawangan haram, malah ada bahagian Umno juga yang terdiri dari bahagian tidak sah pendaftaranya.

Jadi kini tidak pelik bagaimana negara boleh berdepan dengan 1001 masalah dan krisi,  ini kerana negara ditadbir oleh sebuah organisasi politik haram. 

Maka SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mengajak seluruh rakyat pro perubahan untuk bersama dalam gerakan 'Haramkan Umno'. 

Peranan semua 

  1. menyampaikan penerangan  'kenapa Umno organisasi haram?'  ke seluruh pelusuk negara.

  2. menggerakkan desakan carian status cawangan Umno di peringkat masing - masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan Umno tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke email haramkanumno@gmail.com 

  3. Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran Umno yang tidak sah ke email haramkanumno@gmail.com
Maklumat berkenaan gerakan ini boleh diperolehi di www.anakmudamalaysia.com dan beberapa laman FB dan blog sekutu. 

Gerakan ini juga akan memfailkan satu petisyen mahkamah berkenaan perkara ini dalam masa terdekat. Ini satu gerakan serius selain dari usaha menggunakan seluruh ruang teknikal perundangan, gerakan ini juga akan  menjadikan PRU ini sebagai satu proses referendum rakyat untuk menolak organisasi haram sebagai pemerintah negara.

Mohon kerjasama semua pemain cyber dan editor media rasmi agar sama membantu hebahan dan dalam masa terdekat akan diadakan satu pelancaran terbuka 'Gerakan Haramkan Umno' di ibukota.

Sekian.

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Wacana Sinar ke-18 kupas isu 'Artis Masuk Politik'

Wacana Sinar petang ini, Bob Lokman mahu hidang 'kisah buka fikiran'
Wacana Sinar

BERIKUT petikan-petikan menarik Wacana Sinar Siri ke-18 bertajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi.

Ahli panel terdiri daripada Bob Lokman dan Hairie Othman yang masing-masing merupakan ahli Pas, Presiden Seniman, Zed Zaidi dan Presiden Pengeluar Filem Malaysia, Datuk Paduka Shuhaimi Baba.

Wacana kali ini, yang berlangsung pada Selasa ini, dikendalikan oleh Dekan Fakulti Teater dan Animasi UiTM, Prof Madya A Razak Mohaideen.

Wacana Sinar bermula dengan moderator Prof Madya Razak kemukakan soalan "di Malaysia, artis melukut di tepi gantang. Adakah benar?"

Hairie Othman jawab moderator Wacana Sinar: "artis perlu lebih faham dan hak untuk mengundi. Tidak timbul artis digunakan untuk pancing".

Malah kata Hairie, "... jika artis tidak undi, ini adalah tidak wajar kerana seolah-olah tidak diberi tanggungjawab"

Shuhaimi Baba pula kata, "artis dalam politik telah lama berlaku, tak boleh dipisahkan, hari ini semuanya politik."

Shuhaimi Baba juga berkata, "... tidak ada apa yang luar biasa, kita boleh bersuara juga dalam politik, seperti kita buat filem."

Shuhaimi Baba tambah kata, "kita buat filem dengan kasih sayang, bukan cakap semasa dekat PRU sahaja tapi sepanjang masa."

Shuhaimi Baba juga kata, "apa yang saya tengok politik sekarang lebih kepada kebencian."

Kata Shuhaimi Baba lagi, "oleh itu artis boleh mainkan peranan untuk seimbangkan balik kebencian yang wujud tanpa mengira ideologi."

Oleh itu, kata Shuhaimi Baba, "kita perlu hormat. Itulah integriti, integriti perlu ada. Artis perlu untuk meredakan kebencian."

Bob Lokman: "Seorang artis masuk politik tak perlu nak tunjuk pandai."

Malah kata Bob Lokman, "kredibiliti saya terbukti kerana saya berjaya pancing undi."

Zed Zaidi: "Artis bukan untuk pancing undi. Artis sekarang dah mula bijak berhujah."

Kata Zed Zaidi: "Ia satu anjakan paradigma dalam industri seni. Maaf cakap, ahli politik kurang popular."

Zed Zaidi: "Mereka popular kena cipta kontroversi. Artis nak politik kena atas landasan betul. Biar jadi artis berpolitik yang berkualiti."

Zed Zaidi: "Saya anggapan mereka (artis) berhak menyertai politik."

Kata Zed Zaidi, "artis bukan lagi sekadar penghibur tetapi layak untuk jadi pemimpin."

Zed Zaidi juga kata, "kredibiliti perlu dengan pengetahuan yang tinggi dan kriteria tertentu seperti diploma atau ijazah."

Hairie berkata, "PKR dan PAS khususnya, kita diraikan dan diberikan peluang untuk dedahkan apa yang perlu."

Hairie berkata, "kita diberi peluang, walaupun tak menang, harus diberi peluang diri atas pentas bagi kongsi pendapat."

Hairie: "Tidak tepat untuk tuduh artis tidak laku baru mahu terlibat dengan politik. Saya bangga dengan pencapaian saya."

Hairie Othman: "Tidak tepat bahawa artis itu tidak laku, saya rasa bertuah kerana saya boleh berdiri sebaris dengan pemimpin PR."

Hairie Othman: "Kalau kita nak masuk politik untuk ditawar jawatan, perjuangan kita akan kecewa, lepas itu tidak join dah."

Moderator Wacana Sinar: "Artis sering dilihat takut untuk menyatakan pendirian politik mereka. Adakah kerana takut tak dapat cari makan? Apa pandangan?"

Shuhaimi Baba: "Kalau kita kata artis itu haram, ramai pemimpin di Parlimen juga haram."

Malah kata Shuhaimi Baba: "Ahli politik memang perlu berlakon, lagi banyak lakonannya lagi banyak nilainya."

Zed jawab: "Saya kurang setuju. Apabila artis masuk pembangkang sebab nak perjuangkan Islam, buatlah tapi sekarang sudah jadi lain."

Zed tambah, "Rakan artis pergi Gaza pun kena hentam. Pada saya, artis kena tahu hujah dan fakta supaya org makin sayang."

Malah kata Zed, "orang memang dah pandang negatif pada golongan artis ini, jangan ditambah."

Moderator: "Apakah artis ada satu sifat yang benar-benar bukan berlakon?"

Zed jawab: "Kalau untuk pelakon, cuma berlakon dalam teater atau layar perak saja.

Kata Zed lagi: "Kalau di luar, mereka real. Kalau anda kata YB itu berlakon, suruh dia berdaftar dengan Seniman sebab itu syarat wajib."

Shuhaimi Baba: "Artis digunakan untuk pancing undi, lazimnya dari dulu Hollywood, Bollywood, bezanya artis negara lain kaya."

Shuhaimi Baba: "Artis main peranan kalau pilih artis ada kebolehan, tidak mustahil masuk parlimen."

Soalan kepada panelis: "Kenapa Kelantan tiada pawagam, macam mana jika pembangkang ambil alih?"

Hairie: "Mungkin di Kelantan, rakyat nampak ada pawagam benda yang tidak elok."

Hairie: "Tidak mustahil kalau nanti ada sistem lebih baik, mereka akan terima pawagam di Kelantan."

Moderator: "Adakah Bob kesal menjadi artis?"

Bob Lokman jawab: "Saya tak kata saya menyesal jadi artis."

Moderator soal lagi: "Kenapa tak duduk sebagai artis dan bersihkan dalam industri?"

Jawab Bob Lokman, "saya tak kata jadi artis ini makan duit haram tetapi pinggan yang kita gunakan itu kotor."

Soalan kepada panelis: "Kenapa kita tidak mencipta lebih banyak filem kenegaraan?"

Shuhaimi Baba: "Filem saya tak boleh ditayangkan, ramai hentam apabila saya buat tak boleh ditayangkan pula.

Shuhaimi Baba: "Jadi masyarakat perlu terbuka. Contohnya parti pembangkang telah menghantar e-mel dan sebagainya."

Shuhaimi Baba: "... hakimi filem saya akan beri kesan buruk pada saya dan rakyat terutama pembangkang yang tak melihat tapi kutuk filem saya."


Dapatkan laporan penuh Wacana Siri 18: Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi di akhbar Sinar Harian esok

Jelajah Treler Negara Berkebajikan di negeri Perak mulai hari ini


Jelajah Treler Negara Berkebajikan akan bertandang ke negeri Perak mulai hari ini. Pelbagai acara yang telah disediakan disetiap tempat yang disinggahi treler tersebut.

Treler yang akan bertukar menjadi sebuah pentas itu akan dimeriahkan lagi dengan 2 personaliti terkenal iaitu Bob Lokman dan juga Pak Jabit yang akan mengacarakan persembahan dan ucapan di situ.

Pimpinan tempatan Pas juga akan bersama anda di sana dan terdapat juga beberapa buah tangan untuk anda bawa pulang. Untuk anak-anak pula, hadiah istimewa akan diberikan kepada mereka.

Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan sendiri treler yang boleh transform itu serta bergambar sekeluarga di atasnya.

Lihat jadual perjalanan Jelajah Treler Negara Berkebajikan ke seluruh pelusuk negeri Perak mulai hari ini sehinggalah Jumaat nanti.

Harapan Rakyat: Turunkan harga kereta


Ketua Pemuda Umno Perak pengarah kepada 20 syarikat?


Blog Save Umno Perak sekali lagi membuat pendedahan mengenai Ketua Pemuda Umno Perak, Khairul Azwan Harun yang menjadi pengarah kepada 20 buah syarikat sehinggakan kekayaannya kini melimpah ruah selepas kerajaan Pakatan Rakyat Perak dirampas oleh Umno.

Pergolakan dalaman Umno Perak yang menyaksikan kem Husni Hanadzlah kini membongkar skandal yang menyelubungi kem Zambry Kader yang mengkayakan kroninya sahaja.

Monday, March 25, 2013

Setelah 4 tahun baru saman sampai?


25 Mac 2013- Maju Rapat

Kenapa hanya saya disaman, sedangkan dah jadi lumrah semua kedai sekitar sini letak kerusi di kaki lima?, rintih Mami Jimilah tuan punya kedai Restoren KJ Siti Enterprise di Taman Maju Rapat.

Apabila ditemubual oleh Unit Penerangan dengan diiringi  Ketua UPU Sungai Rapat En Che Ahmad  Bin Osman, Puan Jimilah Binti Abd Hamid yang mesra dipanggil Mami meluahkan ketidakpuashatian yterjadap surat saman atas kesalahan meletak kerusi di kaki lima yang dikatakan 'halangan di tempat awam' sedangkan kedai bersebelahan dan kedai hujung premis yang meletak kerusi di atas jalan raya lebih mengganggu tidak dikenakan saman.

Lebih aneh surat saman hanya dikeluarkan pada 7 Mac 2013  baru-baru ini sedangkan kesalahan adalah pada 17 Ogos 2009 (Isnin 9.37 pagi) kira-kira 4 tahun lalu!

"Mengapa surat saman tidak diserah secara langsung kepada tangan saya pada tahun 2009 mengapa hanya hari ini dan mengapa pihak lain boleh meletak kerusi di kaki lima?", ulas Mami Jimilah lagi.

Pihak kami meninjau dan mendapati kesalahan yang dikatakan mengganggu laluan awam itu agak kurang 'matang' kerana ia bukan kesalahan besar dan seolah-olah ada pihak yang ingin menjatuhkan karier beliau sedangkan beliau hanya seorang ibu tunggal yang turut menjaga anak angkat bukan warganegara Malaysia.

Beliau tidak meletak kerusi di atas jalan raya malah dengan keadaan kedai yang kecil adalah tidak munasabah jika meletak kerusi di luar kaki lima dianggap satu kesalahan sehingga terpaksa diheret ke mahkamah.

Beliau tidak menyalahkan Majlis bandaraya Ipoh kerana beliau akan berjumpa Datuk Bandar dalam masa yang terdekat, cuma beliau meluahkan ketidak puashatian kerana hanya beliau disaman dan kemungkinan ada pihak yang senagaja mencari kesalahan beliau.

Mami Jimilah adalah seorang ahli UMNO dengan no kad 00940115 dan turut kesal kerana pihak UMNO langsung tidak membela beliau apatah lagi meninjau kesusahan beliau berniaga.

Pihak PAS Gopeng akan cuba membantu sedaya mampu untuk mendapat penjelasan MBI berkenaan mengapa hanya beliau disaman dan mengapa saman hanya diserah 4 tahun selepas kesalahan. Jika boleh kesalahan sebegini jangan sesiapa pun disaman memandangkan ia hanya kesalahan kecil dan pihak berkuasa perlu melihat keadaan peniaga yang sukar mendapat pendapatan pada hari ini.

UMNO kini hanya sibuk berusaha menarik bekas-bekas ahli UMNO yang kini bersama PAS untuk kembali ke pangkuan parti uzur tersebut sedangkan mereka mengabaikan kebajikan ahli mereka sendiri seperti Mami Jimilah.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat



Mami menunjukkan kad UMNO beliau




Kedai berhampiran turut meletak kerusi di kaki lima dan ia lumrah kedai-kedai makan.


En Che Ahmad Bin Osman sedang membantu menemuramah Mami




Kedai hujung ini dikatakan meletak kerusi meja hingga ke jalan raya pada siang hari.


laluan yang dikatakan menghalang laluan awam




- sumber: blog landskapsiasah

Followers

Video ajijoi

Loading...