Monday, October 14, 2013

Surau diperbaiki, terima kasih penyumbang


Alhamdulillah. Setelah atap diganti, lantai baru pula kini siap dipasang bagi menggantikan karpet yang basah dan berbau. 

Pihak Surau Al-Ehsan amat berbesar hati dan berterima kasih kepada para penyumbang yang telah bermurah hati mengeluarkan perbelanjaan sehingga surau berlantai kayu yang baru.

Kini, setelah berjaya menggantikan atap dan lantai, pihak surau bercadang untuk meneruskan rancangan bagi membaiki tingkap, pintu dan khemah. Ada juga rancangan untuk menambah bangunan di bahagian belakang surau untuk kegunaan program-program surau pada masa hadapan.

Diharapkan sumbangan wang ringgit akan berterusan diterima daripada orang ramai bagi menjayakan rancangan kali ini. 

Sekali lagi, ucapan ribuan terima kasih buat penyumbang derma yang telah merealisasikan transformasi Surau Al-Ehsan. Hanya Allah Taala sahaja yang layak untuk membalasnya. 









1 comment:

Anonymous said...

Kalau boleh tolonglah pasang lift atau escalator untuk naik dan turun ...orang macam aku sangat-sangat memerlukannya..

Followers