Alhamdulillah, majlis qurban anjuran Surau Al-Ehsan telah berjaya dilaksanakan semalam. Lapan ekor lembu qurban disembelih dan daging serta tulangnya diagih-agihkan kepada peserta qurban serta orang ramai yang datang membantu perjalanan majlis tersebut.
Solat sunat Adil Adha yang diadakan di surau pada pagi semalam juga menyaksikan peningkatan dalam jumlah kehadiran dengan bahagian atas surau dilimpahi jemaah muslimin sehingga ke bahagian belakang. Bahagian bawah pula, saya pasti juga melebihi jangkaan kehadiran muslimat.
Saya selaku ajk panatia majlis qurban tahun ini agak sibuk menjalankan tugasan yang diberi, terpaksa mencuri-curi masa untuk mengambil gambar perjalanan majlis. Tak sempurna rasanya tahun ini, hanya inilah saja gambar-gambar yang sempat diambil.
Lembu yang seekor ini berjaya melepaskan diri dengan merentap tali yang mengikat tengkuknya sehinggalah berjaya ditangkap semula oleh geng penumbang yang berhempas pulas menjalankan tugas mereka. |
Lembu qurban yang pertama disembelih oleh Ustaz Hanif |
Lembu kedua disembelih oleh Cikgu Naser |
Tahun ini ramai Bangla yang duduk berhampiran surau datang membantu. Mereka banyak membantu dalam kerja-kerja melapah lembu. |
Lembu keempat tumpas ditangan Haji Baderun. (Maaf, lembu ketiga yang disembelih Haji Dzulfida tak jelas gambarnya kerana ramai sangat yang menekan lembu) |
Cikgu Omar menyembelih lembu kelima |
Lembu keenam disembelih oleh Haji Yaakob |
Ustaz Muhammad Fisol menyembelih lembu ketujuh |
Lembu terakhir adalah lembu yang paling garang |
Segarang-garang lembu, tumpas juga ditangan geng penumbang |
Saya menyembelih lembu yang kelapan. (Nasib jurugambar selalu begitu, tak dapat yang 'live' punya) |
Daging-daging dari lembu yang pertama disedekahkan untuk masakan makan tengahari buat semua |
Kari lembu kawah dibawah pengawasan Haji Daud Banjari |
Haji Rahim, YDP Pas Gopeng juga datang membantu memotong daging |
Kumpulan Mat Bangla yang minta gambar mereka dirakamkan untuk dimuat ke dalam Facebook |
Melapah lembu qurban |
Golongan muda juga diberi pendedahan dan kebebasan untuk menimba ilmu dalam bab menguruskan lembu qurban |
Bahagian pembersihan perut lembu. Eeiiiiii, banyaknya bulu......kaki |
Haji Sulaiman yang tetap setia dan taat setiap tahun membersihkan perut-perut lembu qurban |
Hajah Mazidah dan keluarga dimeja pendaftaran |
Ustaz Che Leh membantu di bahagian pemotongan daging |
Ini bilik operasi tulang |
Pahala berganda, bekerja dengan senyuman. Dr Haji Hadhrami menghantar kaki lembu (bukan melarikan ye....haha) |
Chor Zulkarnaini melarikan kepala lembu.....ke tempat memproses tulang |
Anak Dr Haji Hadhrami membantu mengangkut daging |
Cikgu Naser melapah daging |
Kepala lembu dikapak |
Menggoreng apa tu, Hajah Faridah? |
Daging ditimbang untuk agihan |
Suasana di khemah memproses daging |
Dua orang 'bujang' yang berebut ekor lembu |
"Sibuk berebut ekor tu buat apa? Yang ini takde sape nak ke?" seloroh Haji Shafie |
Cikgu Omar dan Hajah Mazidah di tempat pengumpulan daging qurban. Tahun ini ada juga ketirisan daging dan tulang |
YB Ustaz Radzi Zainon singgah mengambil daging untuk diagihkan kepada fakir miskin dalam Dun Sg Rapat |
Haji Daud membantu YB Ustaz Radzi menuang minuman |
Ustaz Fisol membersihkan kayu pemotong milik surau sambil berbual dengan YB Ustaz Radzi. Segalanya selesai dibersihkan sekitar jam 3.30 petang |
No comments:
Post a Comment