Wednesday, October 23, 2013

Berniaga Quran secara online

Keperitan hidup mula menggigit. Dan gigitannya semakin hari semakin sakit. Sebagai kepala keluarga, tak boleh nak membiarkan saja sakit itu. Sesuatu perlu dilakukan.

Setelah menghitung serta merenung, apa cara, apa jalan, agar gigitan itu dapat digagah, dapat ditahan.

Idea datang menerjah. Cuba berniaga online macam orang lain. Gunakan laman sosial untuk mempromosikan barangan jualan. Kemudian, yang dekat kita hantar, yang jauh kita pos. Sekarang ni, Poslaju dah tak menang tangan apabila perniagaan online membuak maju. Semuanya dah mudah, cuma antara mahu dan tak mahu.

Bagus juga idea itu. Tapi, masalah utama sekali yang perlu diatasi adalah persoalan mengenai barangan apa yang hendak diketengah, hendak dijual. 

Bila ditanya-tanya, ada yang menawarkan untuk sama-sama menjual barangan yang mereka sedang giat jalankan. Tudung.

Bukan tudung saji, tudung makanan tetapi tudung untuk muslimat. 

Bila disergah dengan cerita keuntungan, cerita fesyen semasa, graf untuk menerima tawaran itu melonjak tinggi. Tetapi apabila balik berbincang dengan isteri, grafnya meniarap ke lantai. "Takkan abang nak jual tudung yang jenis macam ni. Kata kena pakai tudung labuh. Tapi sendiri yang jual tudung melawa singkat macam ni pulak", si isteri memberikan pandangannya.

Betul juga komen isteri tu. Tak jadilah.

Mencari dan mencari lagi, produk apakah rasanya yang sesuai.

Teringatkan seorang kawan lama ni. Dia ada membawa masuk satu produk daripada negara luar untuk dipasarkan di negara ini. Kena pula hari tu, ternampak produk yang sama juga dijual oleh kawannya melalui facebook.

"Wak, aku nak cari duit sikitlah. Barang kau tu bagi aku jual kat Ipoh ni, boleh tak? Aku baru teringin nak berniaga online ni, tapi rasanya barang yang kau jual tu sesuailah dengan jiwa aku. Sambil berniaga, sambil mengutip pahala." kata aku pada kawan lama tu melalui telefon.

Nak dijadikan cerita, dia menerima lamaran aku tu dengan hati terbuka, walaupun aku menerangkan yang aku ni memang tak ada langsung modal untuk bermula.

Alhamdulillah, dengan ruang kesempatan dan bimbingan yang dilorongkan Allah Taala untuk aku memulakan perniagaan online ni, hari pertama aku mempromosikan produk ni, dah ada pelanggan yang menghubungi. Katanya berminat dan memang mencari. Perlu diposlajukan kerana pelanggan ini berada di Johor. 

Maka, bermulalah perniagaan online aku ini (walaupun aku ni tak berapa reti berniaga) dengan produk Al-Quran Read Pen Focus-1 yang membantu mempelajari Al-Quran dengan lebih mudah, cepat dan berkesan. 

Diharapkan semua dapat memberikan sokongan serta bantuan dalam mempromosikan produk ini dengan harapan pahala yang dikutip dapat dikongsikan bersama. 

Untuk membeli produk ini, hubungi saya di talian ataupun melalui facebook saya.






Contoh penggunaan Al-Quran Read Pen ini:-

1 comment:

Muhammad Fahmi said...

salam yop,

kalau nak mulakan perniagaan online ana cadang anta pergi ke seminar momentum perniagaan internet di seemson hotel, ipoh pd 17 Nov. daftar murah je RM50, invest ilmu dulu. trainer najib asaddok dari johor tu org PAS juga

Setakat ini hanya tinggal beberapa tempat kosong sahaja. DAFTAR sekarang di -->> http://bit.ly/momentum-perniagaan-internet

Followers