Wednesday, October 16, 2013

Jemaah masjid tuntut jenazah lelaki India


Seorang lelaki India yang bernama Samma Thuria A/L Adiaiah (70 tahun) telah meninggal dunia di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh semalam. Keluarga simati telah menuntut mayat lalu dibawa pulang  ke rumah mereka untuk diadakan upacara kematian mengikut agama Hindu. 

Setelah mendapat berita kematian tersebut, ahli-ahli jemaah Masjid Al Ittiahadiah, Kg Tengku Hussin, Ipoh telah ke rumah simati untuk memberitahu keluarga beliau yang si mati telahpun memeluk Islam sebelum ini. Mereka juga meminta kebenaran untuk melakukan majlis tahlil buat simati.

Alhamdulillah, permintaan ahli jemaah masjid telah terima baik oleh keluarga lalu membenarkan majlis tahlil diadakan dirumah tersebut. 

Anak simati juga berjanji untuk memulangkan semula jenazah ke hospital untuk urusan pengkebumian mengikut cara Islam. 

Menurut sumber, seorang pegawai dakwah, Ustaz Haji Ismail yang akan menguruskan pemandian dan solat jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Gurap, Jalan Kuala Kangsar, Ipoh pada hari ini, Rabu jam 2.30 petang. 

Segala perbelanjaan untuk urusan pengebumian simati telahpun diselesaikan oleh anak beliau. 

Pihak masjid meminta jasa baik orang ramai untuk turut sama hadir menyempurnakan jenazah, bertalkin dan bertahlil di tanah perkuburan Gurap petang ini. 

Semoga segala usaha kita untuk menyempurnakan jenazah saudara yang telah memeluk Islam ini diterima sebagai amal ibadah oleh Allah Taala. 

Wallahua'lam. 

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...