Thursday, July 12, 2012

PAS rai Ikon Ahli baru



IPOH (7 Julai): PAS Perak melalui Lajnah Penerangannya mengambil inisiatif untuk meraikan ikon-ikon dan ahli baru PAS dari kalangan bekas pegawai tinggi kerajaan.

Hi-Tea bersama Ikon Ahli Baru PAS ini telah diadakan di Hotel Hillcity, Ipoh pada 7 Julai lalu dan telah dihadiri oleh lebih 500 hadirin.

Tetamu istimewa dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Hj Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Hj Abdul Wahid Endut, Mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan pimpinan PAS Negeri.

Ramai bekas pegawai tinggi kerajaan telah menghadiri program yang julung kali diadakan ini termasuklah Bekas Pengarah Pelajaran Negeri, Dato’ Adnan Ibrahim, Bekas OCPD Slim River, Hj Abdullah Omar, Bekas pegawai tinggi TLDM, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin dan ramai lagi.

Pelakon yang terkenal dengan watak Lefternan Adnan, Hairie Othman bersama Leman Raja Lawak turut hadir memeriahkan majlis.

Lebih memeranjatkan lagi ialah kehadiran Bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak , Abdullah Antong Sabri yang pernah dilanda kontroversi apabila dilihat menjadi alat Barisan Nasional untuk merampas kerajaan negeri Perak suatu ketika dahulu.

Abdullah Antong yang turut berucap berkata, kehadirannya ke program tersebut untuk menzahirkan sokongannya terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Ujarnya, Pakatan Rakyat sangat berbeza dan jauh lebih baik daripada BN yang semakin tidak releven dan ianya telah dibuktikan di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat walaupun hanya sempat memerintah selama 11 bulan.

Beliau katanya masih merasai roh pemerintahan Pakatan Rakyat Perak yang dipimpin oleh Dato’ Seri Nizar Jamaluddin.

Oleh Muhammad Faeez Azahar

DS Nizar menyambut baik kehadiran Abdullah Antong Sabri

Bekas Pengarah Pelajaran Dato' Adnan (berbaju hijau) berbual dengan hadirin

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut turut bersama

Leman Raja Lawak dilayan baik oleh DS Nizar


Hairie berbual mesra bersama Wahid Endut

Hadirin menjamu selera

Bekas OCPD Slim River, Abdullah Omar berkongsi cerita kenapa beliau menyertai PAS

Bekas Setiausaha DUN Perak sedang menceritakan pengalamannya sewaktu berkhidmat

Leman Raja Lawak menceritakan kenapa beliau menyertai PAS

Tersenyum Laksamana Imran dengan gelagat si kecil

Mohamad Sabu berucap

Mohamad Sabu menyampaikan cenderahati kepada Abdullah Antong

Cenderahati untuk Ikon baru


Peminat mengambil peluang bergambar dengan Hairie Othman

Semua bergambar beramai-ramai



No comments:

Followers