PAS Bagan Datoh simpati terhadap nasib pekebun pisang yang tidak dibantu oleh kerajaan Perak setelah ribuan hektar tanaman pisang musnah akibat serangan penyakit Moko atau dikenali sebagai penyakit layu bakteria pisang. Para pekebun pisang hilang punca pendapatan, tanaman pisang adalah sebahagian punca pendapatan orang kampung. Bagi menyara kehidupan sekeluarga, Jelas Ustaz Misbahul Munir yang merupakan Yang Di Pertua PAS Bagan Datoh.
Penyakit moko ini disebabkan oleh sejenis bacteria. Nama saintifiknya adalah Ralstonia solanacearum E. Yabuuchi. Moko ini endemik di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ia menular ke merata dunia termasuklah negara kita. Bakteria ini menyerang tanaman makanan seperti pisang, ubi kentang, tomato, terung, cili, dan kacang tanah.
Penyakit ini adalah ‘soil-borne’, iaitu penyebarannya adalah melalui tanah. Penyakit ini sukar dikawal kerana ia berjangkit melalui penggunaan peralatan seperti parang, cangkul atau pisang. Pokok lain akan dijangkiti Moko sekiranya peralatan yang sama digunakan.
Di atas keprihatinan terhadap masa depan para pekebun, Pakatan Rakyat Bagan Datoh telah menubuhkan Badan Bertindak Pekebun-pekebun Pisang yang diketuai oleh Sdr. Ramle @Arifin Husein. Badan Bertindak yang ditubuhkan ini akan berfungsi mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi isu ini. Badan Bertindak ini juga akan menuntut pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Pertanian negeri agar memberi pampasan kepada para pekebun sebagaimana pekebu pisang di Sabak Bernam, Selangor yang diberi pampasan RM 1500 setiap hektar ke atas tanaman pisang yang musnah akibat serangan penyakit Moko, Jelas Ustaz Misbahul Munir yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.
PAS Kawasan Bagan Datoh juga kesal di atas sikap kerajaan yang langsung tidak peka terhadap kesengsaraan para petani yang kehilangan punca pendapatan akibat serangan penyakit Moko. PAS Kawasan mendesak kerajaan memberi saguhati pampasan ke atas para petani sebagaimana petani di Sabak Bernam yang diberi saguhati sebanyak RM 1500 setiap hektar, tegas beliau.
No comments:
Post a Comment