Sunday, July 8, 2012

Bekas Setiausaha DUN Perak sertai majlis PAS

IPOH: Ketika berkhidmat, beliau adalah antara yang dilihat menjadi alat Barisan Nasional untuk merampas kerajaan negeri Perak.

Namun, semalam Bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri yang dilanda kontroversi semasa insiden rampasan kuasa di Perak bersama-sama dengan PAS.

Beliau dilihat ketika program Hi-tea bersama Ikon Ahli Baru PAS yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Negeri, semalam.

Kehadirannya memeranjatkan hadirin terutama Adun-Adun PAS yang hadir ke program tersebut.

Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut melahirkan rasa kegembiraan dengan kehadirannya.

Tetamu istimewa dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut dan pimpinan PAS Negeri.

Hadir sama ialah bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan  seperti Bekas Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Adnan Ibrahim, Bekas OCPD Slim River, Haji Abdullah Omar, Bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin dan ramai lagi.

Pelakon yang terkenal dengan watak Lefternan Adnan, Hairie Othman bersama Leman Raja Lawak turut memeriahkan majlis.

Abdullah Antong yang diberi peluang untuk berucap berkata, kehadirannya ke program tersebut untuk menzahirkan sokongannya terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.


Pakatan terbaik

 

(Bergambar kenangan selepas majlis)

 

Menurutnya, Pakatan Rakyat sangat berbeza dan jauh lebih baik daripada BN yang semakin tidak releven.

"Ianya telah dibuktikan di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat yang sempat memerintah selama 11 bulan.

"Saya masih merasakan roh pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak," ujarnya.

Abdullah menjelaskan, rakyat Perak sepatutnya dapat merasai kenikmatan dan kelebihan pemerintahan Pakatan Rakyat namun ianya tidak menjadi kenyataan apabila berlakunya tragedi rampasan kuasa oleh BN.

Katanya, beliau telah ditukarkan jawatan menjadi Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak selepas tidak 'mesra' BN sebelum beliau mengambil keputusan bersara diusia 56 tahun.

Nama beliau menjadi  sebutan orang ramai ketika berlakunya krisis DUN Perak apabila rakyat dan Adun Pakatan Rakyat mempertikaikan beberapa tindakan beliau seperti memanggil sidang DUN tanpa pengetahuan Speaker DUN yang Sah ketika itu, V Sivakumar.

"Saya menjalankan tugas dan mendapat arahan, saya terpaksa lakukan semua itu," jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkemungkinan akan menyerahkan borang permohonan borang keahlian PAS tidak lama lagi.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...