Tuesday, July 10, 2012

PAS Perak arah semua ahli sertai himpunan Oren


 IPOH : PAS Perak secara rasmi mengarahkan semua ahlinya yang berkesempatan agar menyertai perhimpunan Oren Selamatkan Felda14 Julai ini.


Arahan rasmi itu dikeluarkan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian dalam satu kenyataannya hari ini.



Beliau menyatakan bahawa program ini merupakan program kemuncak yang dianjurkan PAS sebagai bantahan rakyat terhadap penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH).Memetik ucapan beliau,


"Tujuan utama himpunan ini adalah untuk menyatakan secara aman bantahan kita terhadap penyenaraian FGVH dalam Bursa Saham dan menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung," " Semua pimpinan dan ahli PAS Perak di semua peringkat  diarahkan hadir ke himpunan tersebut "Perhimpunan itu akan dimulakan dengan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur mulai jam 2 petang.


Semua peserta digalakkan memakai pakaian warna oren sebagai tanda kebersamaan membantah penyenaraian tersebut.

ustazabubakar.blogspot.com


http://perak.pas.org.my/


No comments:

Followers