Friday, December 5, 2008

Banyak hotel tidak minat mohon sijil halal


KUALA LUMPUR - Hanya 123 daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara yang telah membuat permohonan sijil Halal Malaysia daripada Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, daripada 123 itu pula hanya 18 buah hotel sudah mendapatkan sijil Halal Malaysia itu.

"Kita sedang proses permohonan daripada 31 hotel.

"Jumlah ini bagaimanapun tidak termasuk hotel yang mendapatkan sijil halal daripada jabatan agama Islam negeri masing-masing,'' katanya ketika menjawab soalan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) di Dewan Rakyat semalam.

Mashitah menjelaskan, jumlah permohonan yang terlalu kecil itu berpunca daripada langkah kerajaan tidak mewajibkan hotel mendapatkan sijil berkenaan.

"Persatuan empunya hotel dan operator hotel melihat tiada kepentingan bagi hotel-hotel lima bintang yang sudah diiktiraf antarabangsa untuk memohon sijil halal ini.

"Sijil yang kita berikan ini juga hanya untuk dapur dan sesetengah hotel berasa ia berat kerana perlu melibatkan pengubahsuaian dapur di hotel.


Ajijoi ~ Macamana pulak hotel-hotel kita di Ipoh ini? Dah periksa ke? Jangan asyik suka makan jamuan di hotel saja. Takkan benda-benda macam ni pun asyik-asyik nak suruh MB yang periksa? Badan penguatkuasa semua kemana?

No comments:

Followers