Thursday, October 18, 2012

Minyak apa anda guna?

Minyak yang saya maksudkan pada tajuk diatas adalah minyak petrol. Bukan minyak masak, minyak angin apatah lagi minyak dagu.

Setiap syarikat yang menjual minyak petrol akan mempromosikan jenama mereka sebagai yang terbaik. Pelbagai tagline dan kelebihan-kelebihan yang diketengahkan demi menarik minat pelanggan kepada produk mereka.

Daripada pengalaman saya dengan mengambil contoh motosikal Honda EX5 yang digunakan setiap hari berulang-alik pergi dan balik kerja. Faktor umur motosikal ini juga perlu diambil kira kerana 21 tahun adalah satu tempoh masa yang agak lama.

Seperti orang lain, saya juga pasti mudah tertarik dengan iklan-iklan syarikat jualan petrol yang menggunakan setiap ruang media bagi menonjolkan kehebatan produk minyak mereka.

Shell dan Petronas adalah dua jenama petrol yang menjadi pilihan ramai kerana iklan mereka yang kerap dan juga stesen mereka yang mudah didapati dimana-mana. Syarikat petrol ini juga bekerjasama dengan dua syarikat jenama kereta yang ternama seperti Ferrari dan Mercedes Benz untuk membuktikan yang jenama mereka benar-benar hebat.

Tetapi apabila saya gunakan kedua-dua minyak ini ke dalam motosikal saya yang berusia 21 tahun itu, perjalanannya hanyalah setakat biasa-biasa saja. Pick-up dan lonjakannya setaraf dengan kenderaan lain yang berumur 21 tahun. Throttle habis dipulas tetapi perginya biasa-biasa saja.

Minyak Caltex pula yang mengenengahkan jenama Techron yang dikatakan mampu membersihkan enjin semasa petrol ini digunakan. Memang dakwaan mereka itu ada benarnya kerana lonjakan pecutan akan terasa dan minyaknya pula seakan lambat habis daripada minyak-minyak yang lain.

Tetapi itu hanyalah untuk minyak petrol RON97 keluaran mereka. Ianya tidaklah sehebat mana bagi keluaran RON95 mereka.

Oh ya, untuk pengetahuan semua, saya hanya menggunakan petrol 'orang miskin' RON95. RON97 dah lama dijauhi kerana diluar kemampuan, tambahan pula motor dan kereta saya jenis lama. Kalau kereta baru, terpaksa jugalah berbaik-baik dengan RON97.

Dahulu memang saya kerap gunakan petrol jenama Esso atau Mobil (dua jenama yang menjual jenis minyak petrol yang sama 'Synergy' kerana dibawah syarikat yang sama, ExxonMobil).

Minyaknya memang punya kuasa pickup dan pecutan yang membanggakan. Ianya juga lambat habis dari tangki, lebih jimat rasanya. Apabila menaiki flyover di Jalan Gopeng, tidaklah semput sebagaimana apabila menggunakan minyak-minyak yang lain.

Minyak yang saya maksudkan punya kuasa pecutan itu adalah minyak petrol BHPetrol yang menggunakan teknologi German. Minyaknya ditambah dengan additive dan booster yang menjadi perangsang dan pemangkin dalam meningkatkan kuasa didalam minyak petrol mereka.

Artikel ini ditulis bukanlah untuk mempromosi mana-mana jenama minyak petrol, sekadar penulis ingin berkongsi pengalaman bersama pembaca. Anda pasti punya pengalaman yang berbeza dan pilihan jenama minyak yang tersendiri.

Biar jenama minyak petrol apa sekalipun yang kita gunakan, perlu diingat bahawa harga minyak petrol dinegara kita jauh lebih mahal berbanding negara-negara pengeluar minyak yang lain.

1 comment:

abdul rahman abdullah said...

Itu namanya dia bijak berpolitik.
Dengan cara itu Malaysian Muslims tak kira pro PR atau pro BN akan marahkan dia yang mana dengan sendirinya rating parti yg dia pimpin akan bertambah merudum..parah.

Penyokong PR kena tima kacih je kat mamat tu sbb nak saman di mahkamah pun .. faham-faham je sudah lah ... mereka skrang kebal dan bebal

Followers