Wednesday, October 17, 2012

Semangat menulis

Tadi ada menerima panggilan telefon daripada blogger Alhusseyn, guru yang dahulunya tempat rujukan saya memulakan langkah ke alam blog.

Tanya khabarnya mengetuk pintu semangat agar teruskan penulisan, jangan dibiarkan sejuk lama-lama, pesannya lagi. Terima kasih saya ucapkan buat usaha 'ketukan'nya itu.

Setiap penulis blog pasti merasai saat dimana semangat menulisnya menurun sedikit demi sedikit. Jika dibiarkan sekian lama, pasti ianya membeku.

Dan apabila semangat tersebut mula membeku, maka blog tersebut akan bersawang dan terbiar sepi. Banyak blog yang mengalami nasib sebegitu.

Jadi, semangat menulis para blogger perlu ditepuk, diketuk sentiasa oleh rakan-rakan blogger mahupun penggemar agar terus segar bugar dalam menghasilkan karya mereka.

Saya pun terkadang tersipu-sipu juga apabila disapa oleh pembaca blog dengan pertanyaan 'mengapa dah lama tak update blog'?

Insya-Allah, saya akan cuba untuk update blog ini dari masa ke semasa, mungkin tidak semestinya isu-isu politik, tetapi apa-apa saja yang berkaitan dengan hidup kita seharian.

Sekali lagi, terima kasih Alhusseyn.

No comments:

Followers