Beberapa hari yang lalu, ada orang bertanyakan kepada saya mengenai pejabat jualan arak yang terletak di Jalan Azlan Shah Utara, Ipoh. Pernah dahulu saya menulis di dalam blog ini mengenai pembukaan operasi pejabat jualan arak tersebut. (Rujuk DISINI)
Saya yang dah lama tidak melalui jalan itu, bertanya kembali, kenapa dengan pejabat jualan arak itu?
Menurut orang tersebut, kini telah ada iklan arak yang besar dipejabat itu. Kalau dahulunya hanya papan tanda perniagaan sahaja yang terpampang, tetapi kini telah ditambah dengan iklan arak pula.
Seingat saya, memang iklan arak tersebut telah sedia ada dahulu, tetapi ditutup. Tak tahu pula bila mereka membukanya semula.
Tambah orang tadi, jalan dihadapan pejabat jualan arak tersebut boleh dikatakan sebagai jalan utama dan juga jalan pintas bagi orang-orang Islam penduduk Kg Melayu Sg Rapat. Dan diantara penduduk Kg Melayu tersebut adalah Sahibul Samahah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
"Harussani tak rasa apa-apa ke?" tanya orang tersebut kepada saya. "Ulang-alik dihadapan pejabat jualan arak dengan iklannya yang terpampang besar begitu?" tambahnya lagi.
Saya langsung tiada punya jawapan kepada soalannya tadi kerana saya bukanlah bertaraf mufti, seperti juga orang yang bertanya. Mungkin kita yang berada di dalam golongan bawahan ini akan cepat berasa geli, mual, jijik dan geram apabila terpaksa lalu-lalang di hadapan iklan arak setiap hari, tidaklah seperti seorang Mufti yang tahap ketahanannya terhadap godaan benda-benda yang haram begitu tinggi.
Atau saja kerana kenderaan yang dinaikinya terlalu empuk dan nyaman sehingga tidak perasan akan persekitaran perjalanannya.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment