Monday, October 22, 2012

Jelajah Perakite: Pasar Pagi Kamunting & Padang Rengas


Destinasi bas Jelajah Perakite seterusnya adalah Kamunting, Taiping. Bas kami diiringi dengan konvoi dihadapan (gambar atas) dan juga dibelakang (gambar bawah).



Sepanjang perjalanan bas, setiap pimpinan di dalamnya diminta oleh AF Ustaz Abu Bakar untuk menyampaikan tazkirah pendek yang tajuknya dibuka bebas kepada mereka. Baik bab agama, kesihatan, pengalaman mahupun apa jua yang difikirkan sesuai sebagai satu pengisian buat semua.


YDP Taiping, Ustaz Fakhrudin sedang memberikan sedikit taklimat mengenai kawasannya serta mengalu-alukan kehadiran rombongan Jelajah Perakite ke Taiping.


Kehadiran kami disambut meriah oleh puluhan ahli-ahli Pas Taiping. Satu suasana yang amat berbeza dengan lokasi pertama kami pagi tadi, Selama.


Semua yang hadir diberikan taklimat ringkas mengenai aktiviti dan pengedaran risalah yang akan dilakukan di Pasar Pagi Kamunting Jaya ini.

Pasar pagi disini 'diserbu' oleh ahli Pas Kawasan Taiping bersama dengan rombongan Jelajah Perakite

AF Ustaz Abu Bakar dan Haji Razman menegur dan menyapa siapa saja yang berada di sana

Sekelat manapun wajah penerima risalah, muslimat tetap dengan senyuman manis mereka

Haji Razman antara yang aktif mengedarkan risalah. Walaupun susuk tubuhnya yang seakan ahli gusti WWE, tetapi sikap ramah mesranya menyenangkan semua.
PADANG RENGAS

Persinggahan kami seterusnya adalah pekan Padang Rengas. Biarpun sebentar, namun amat besar nilainya kepada orang ramai disitu. Antara lokasinya adalah pasar disini.

Dr Najiha bersama kumpulan muslimatnya menyapa peniaga di pasar


Sikap ramah Dr Najiha yang fasih berbahasa Mandarin amat disenangi oleh kaum Tionghua

Haji Razman dan Haji Asmuni berbual dengan peniaga di pasar ini

AF Ustaz Abu Bakar menerangkan sesuatu kepada kaum India ini

No comments:

Followers