Monday, March 19, 2012

Dato Tuan Ibrahim penuhi jemputan walimatul urus anak YDP Batu Gajah


BATU GAJAH (17.3.12): Seusai majlis Jamuan bersama rakyat sempena Konvoi Penerangan Pas Pusat menjelajah negeri Perak di Taman Pinji Mewah, Pengkalan Pegoh, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man telah meluangkan sedikit masa untuk memenuhi jemputan walimatul urus anak perempuan kepada YDP Batu Gajah, Haji Ismail Ariffin di Taman Seri Berjaya dekat sini.

Sungguhpun agak kepenatan kerana program yang padat semenjak awal subuh lagi, Dato Tuan Ibrahim masih bersemangat untuk meraikan majlis YDP Batu Gajah itu disamping melayani tetamu-tetamu Tuan Haji Ismail yang bersalaman, bertegur sapa serta beramah mesra bersama beliau sebelum meneruskan program konvoi ke Tapah pula.

Sikap Dato Tuan Ibrahim yang begitu merendah diri dan mesra melayani sapaan siapa sahaja, begitu menarik hati penulis yang mengikuti beliau ke sana. Begitu bersahaja dan marhaen dimata orang ramai. Sifat wasatiyyah yang ada pada beliau perlu di contohi oleh kita semua.

Berpelukan bersama tuan rumah, Tuan Haji Ismail sambil mengucapkan tahniah kerana menerima menantu hari ini

Dato Tuan Ibrahim beramah mesra bersama orang ramai

Ramai yang seronok dengan kehadiran Dato Tuan Ibrahim

Ada yang bersoreh memperkenalkan diri dan asal usul

Dato Tuan Ibrahim meraikan tetamu-tetamu yang sedang menjamu selera

Jauh pandangannya...

Bergambar bersama sebagai kenangan manis buat pasangan pengantin serta Tuan Haji Ismail

Sebelum mengundurkan diri, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sempat menitipkan beberapa pesanan kepada pasangan pengantin baru yang bakal menempuh alam rumahtangga. Tugas seorang ulama yang senantiasa meninggalkan pesanan berharga buat siapa sahaja yang ditemui, sesuai dengan hadis Nabi SAW "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat..."

1 comment:

ibn suhaimi™ said...

Selamat menyambut menantu buat YDP Batu Gajah...

Barakallahu fikum..

Followers