Tuesday, March 6, 2012

TUDUHAN HASAN ALI!!! PAS Parit Buntar jawab awai sebelum Hasan Ali mai ceramah di Parit Buntar



PAS Parit Buntar nampaknya bergerak awal menjawab tuduhan Hasan Ali bekas Ahli Parlimen Parit Buntar. Belum pun Hasan Ali buat ceramah di Parit Buntar untuk membelasah PAS, PAS Parit Buntar dah anjur ceramah menjawab tuduhan Hasan Ali.

Tajuk ceramah pun khas untuk tuduhan Hasan Ali iaitu Siapa Parasit?. Penceramah pun dibawa khas dari Shah Alam, Khalid Samad orang pertama dituduh Parasit oleh Hasan Ali.Setakat ini belum ada tanda-tanda , ada yang sanggup anjur ceramah Hasan Ali, bukan tiada usaha dari Hasan Ali , ada tapi masih gagal. UMNO Parit Buntar pun nampak macam tak mahu ambil kesempatan macam UMNO Bahagian lain.Paling dekat Hasan Ali ceramah di Batu Kurau parlimen Larut. Tempat lain, Bukit Gantang, Manjung dan Setiawan.Jadi malam ini, jangan ketingalan untuk mendengar Ceramah anjuran Lujnah Penerangan dan Dakwah PAS Parit Buntar. Butiran dalam poster di atas. Admin

No comments:

Followers