Sunday, March 18, 2012

Jamuan bersama rakyat Konvoi Penerangan - Part 2


IPOH (17.3.12): Cuaca yang panas terik sedikit pun tidak menghalang beribu-ribu orang daripada bersama-sama di dalam program Jamuan bersama rakyat di Taman Pinji Mewah, Pengkalan Pegoh.

Kelibat ketibaan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sahaja sudah cukup menggembirakan orang ramai yang sedari awal lagi telah menunggu.

Apatah lagi dengan satu persatu pimpinan pusat yang tiba daripada destinasi yang berbeza sekitar negeri Perak. Perancangan yang diatur Penerangan Pas Negeri Perak telah berjaya mengumpulkan kesemua pimpinan tepat pada masa yang ditetapkan, Alhamdulillah.

Daripada congakan penulis, tidak kurang daripada 2000 orang yang berkumpul dibawah khemah-khemah yang disediakan pihak Pas Kawasan Gopeng.

Kehadiran yang ramai, melebihi daripada program konvoi dinegeri-negeri lain sebelum ini, telah menaikkan semangat pimpinan utama. Perancangan asal untuk pimpinan memberikan ucapan hanya sekitar 5 minit seorang telah berubah apabila masing-masing berucap panjang dihadapan ribuan hadirin.

Namun, itu tidak sedikit pun mengganggu perjalanan program, malah membuatkannya lebih bermakna kepada ribuan yang hadir kerana dapat mendengar ucapan-ucapan bernas dan bermanfaat tatkala hadirnya mereka ke negeri ini.

Tuan Guru Presiden, Haji Abdul Hadi Awang

Ucapan Tuan Guru banyak kepada sejarah Pas itu sendiri

Tuan Guru yang lebih mesra dipanggil Ayah Chik ini menceritakan pengalaman Pas suatu ketika dahulu apabila bersama-sama dengan Umno di dalam sebuah kerajaan

Sdr Radzi Zainon, mantan dan bakal calon Pas di Dun Sg Rapat membacakan doa penutup majlis selesai sahaja Tuan Guru Presiden memberikan ucapan beliau







Orang ramai bersama-sama mengaminkan doa

Tiba masanya untuk menjamu selera


Sebelum makan, Tuan Guru telah diminta untuk mentahnikkan (membelah mulut) seorang bayi




Semoga dengan berkat tahnik daripada seorang ulama, anak kecik ini nanti bakal membesar sebagai seorang mukmin yang sejati

Pimpinan utama disajikan dengan makanan yang disediakan khas oleh Pas Cawangan Rapat Setia


Pimpinan Muslimat juga turut diraikan

Orang ramai menjamu selera dengan Gulai Kawah Kerbau yang disediakan

Followers