Wednesday, March 14, 2012

Banyaknya duit Najib

Isu kos majlis pertunangan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak mula mendapat perhatian apabila didedahkan kepada orang ramai oleh PKR beberapa hari lalu.

Pelbagai dakwaan dilemparkan mengenai kos yang bernilai RM409,767 yang bilnya dikeluarkan oleh pihak katering iaitu Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur kepada pihak yang memesan makanan tersebut iaitu PMO (Prime Minister Office / Pejabat Perdana Menteri). Kritikan keras mengenai kos yang mencecah hampir setengah juta itu yang dibimbangi dibiayai kerajaan dengan menggunakan wang rakyat.

Ada juga yang cuba mempertikaikan keaslian bil katering tersebut bagi menafikan yang Perdana Menteri telah menyalahgunakan kuasanya dengan menggunakan dana kerajaan bagi membiayai majlis pertunangan anak perempuan beliau. 

Di dalam hal ini, Najib Razak diam membisu seribu bahasa. Mungkin kerana jawapannya kelak bakal menjejas reputasi beliau yang sedang bertungkus-lumus membina kekuatan untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Kini, pihak hotel sebagai pengeluar bil berjumlah RM409,767 itu telah mengesahkan keaslian bil yang dipaparkan oleh pihak PKR sebagai bukti dakwaan mereka. 

Pihak hotel itu juga telah mengesahkan bahawa bil yang berjumlah hampir setengah juta ringgit itu telah dibayar sepenuhnya oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Banyak sungguh duit Najib. Senang-senang saja beliau membayar kos pertunangan anaknya yang hampir setengah juta itu. Itu baru bertunang. Berapa jutalah agaknya kos majlis perkahwinan anaknya itu nanti.

Berapakah gaji Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga mampu membayar harga tersebut?

Adakah Najib juga punya hobi yang sama dengan isterinya Rosmah Mansor iaitu menabung wang sejak kecil lagi?

RM409,767 bukanlah angka yang kecil untuk dikeluarkan bagi membayar kos majlis pertunangan anak. Berapa ramai rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang pernah bermimpi untuk miliki wang sebanyak itu. Bukan untuk membiayai kos pertunangan anak tetapi untuk menampung kos sara hidup sepanjang hayat.

  • Bil majlis bertunang anak dibayar oleh Najib, kata hotel
  • Aidila Razak | 2:04PM Mac 13, 12
  • Bil katering bagi majlis pertunangan anak perempuan Datuk Seri Najib Abdul Razak dibiayai oleh Perdana Menteri dan bukannya oleh kerajaan persekutuan, kata Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

    "Majlis ini berakhir pada 17 Jun dan bayaran penuh dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukannya pada 30 Jun dan bukannya oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO)," katanya.

    NONEMenjawab pertanyaanMalaysiakini, pengurusan hotel juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.

    Menurut dokumen itu, PMO dikenakan bayaran RM409,767 oleh Hotel Shangri-La untuk perkhidmatan katering, yang membekalkan udang karang dan daging lembu Wagyu, untuk kira-kira 900 tetamu.

    Menurut hotel itu, pesanan untuk acara katering di Seri Perdana, Putrajaya, diterima pada 2 Jun 2011.

    "Pesanan nombor 1,451 dikeluarkan pada 13 Jun, untuk majlis itu," katanya.

    Pada bahagian bil itu, majlis berkenaan ditandakan sebagai 'majlis makan malam OCS' dan dibilkan kepada 'Pejabat Perdana Menteri'.

    Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevBernama sebelum ini melaporkan bahawa anak perempuan Najib, Nooryana Najwa dan warga Kazakh Daniar Nazarbayev, kedua-dua mereka 23, tberlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, pada 17 Jun tahun lalu.

    PMO telah menafikan bahawa bil majlis pertunangan itu dibayar oleh pihak kerajaan tetapi sebaliknya ia dibiayai oleh oleh Najib dan keluarganya.

    NONE

     

     

     

     

     

      


    NONE

No comments:

Followers