Monday, October 24, 2011

Memorandum membantah panggung wayang di Bandar Seri Iskandar diserahkan kepada Menteri Besar Perak



Ipoh 21 Oktober 2011 – Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bandar Seri Iskandar telah menyerahkan memorandum bantahan beserta ribuan tandatangan tidak menyokong pembinaan panggung wayang Lotus Five Star Cinemas di Bandar Seri Iskandar kepada Menteri Besar Perak di pejabatnya pada petang Jumaat.


Rombongan tersebut yang diketuai oleh Pengerusinya iaitu Ustaz Abid Mohd Nor, 37 bagaimanapun tidak dapat berjumpa dengan Menteri Besar dan hanya dapat menyerahkan kepada pegawai yang bertugas pada waktu tersebut.


Ustaz Abid yang ditemui selepas menyerahkan memorandum berkata “Kita bertegas mahukan perkara ini segera ditangani oleh kerajaan negeri dan mahu segala usaha menukar landskap Bandar pendidikan kepada Bandar Hiburan dihentikan serta merta”.


“Penduduk di Bandar Seri Iskandar sama sekali tidak mahukan masa depan anak-anak dan remaja di sini dirosakkan dengan lambakan hiburan yang tidak bermanfaat dan dikhuatiri menyumbangkan kepada peningkatan gejala sosial.”


Terdahulu, pihak jawatankuasa bertindak penduduk telah pun menyerahkan memorandum tersebut kepada Yang Di Pertua Majlis Daerah Perak Tengah, En Roslan Mohd Lodin dan mendapat jawapan yang cukup mengecewakan apabila beliau bersetuju dengan penubuhan panggung wayang tersebut dengan alasan mahu menarik pelabur.


Dalam hal ini, Ustaz Abid menegaskan “Hiburan dan kemajuan adaah dua perkara yang berbeza. Adakah apabila wujud panggung wayang barulah kita akan menjadi maju? Ini adalah pemikiran barat yang mahu merosakkan umat Islam!”


No comments:

Followers