Monday, October 24, 2011

Dewan Pemuda Pas Malaysia hasilkan filem HD



Dewan Pemuda Pas Malaysia mengorak langkah di dalam bidang sebaran dakwah dengan menghasilkan sebuah filem yang bertajuk "Gua Ikut Enta - The Movie".

Filem terbitan Dewan Pemuda Pas Malaysia Production ini dihasilkan rakamannya dengan penggunaan kamera HDSLR. Bakal ditayangkan menerusi internet sebanyak 3 episod bermula daripada 22 Oktober 2011.

Filem ini memuatkan mesej yang baik disamping mengemukakan beberapa personaliti Pas yang terkenal seperti Ustaz Nik Abduh, Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ustaz Azhar Idrus. Sesuai dengan selera muda-mudi masakini yang meminati filem, usaha Dewan Pemuda ini berada dilandasan yang betul dalam menarik minat mereka untuk menonton dan seterusnya menyelami mesej yang ingin disampaikan melalui filem ini.

Menyaksikan daripada teaser yang dimuatnaik ke dalam youtube itu, tidak keterlaluan untuk mengatakan yang filem ini bakal menarik perhatian ramai apabila mula ditayangkan.

Syabas kepada Dewan Pemuda Pas Malaysia diatas usaha berani ini.

No comments:

Followers