Perutusan Ma'al Hijrah 1432 YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..” – Surah an-Nahl, ayat 41-42
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.
Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.
Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.
Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.
Sekian.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN
Awak selalu bersandiwara dengan PAS. Hebat sangatkah PAS sehingga memejamkan mata dan memekakkan telinga yang banyak tahi di dalamnya.
Dalam Utusan Malaysia bertarikh 10 Disember 2010 telah menambahkan pekung pemerintahan 'Islam' yang diiktiraf oleh Hadi melalui kokokkan ayam pada waktu subuh pada tahun 1999.
Dalam penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Oktober 2010 telah memihak kepada Riyapadu Sdn Bhd dalam samannya terhadap kerajaan negeri sebanyak RM 1 bilion.
Inilah akibat dari kecuaian dan mungkir janji kerajaan negeri ayam berkokok pada waktu subuh, yang berlaku pada tahun 2003 yang diterajui PAS.
Tidak sampai 5 tahun PAS memerintah Terengganu telah banyak tahi sangkut di gelegar.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri 'Islam' Kelantan telah disaman bagi kes yang berlaku pada tahun 1964. Puak2 PAS tidak pernah insaf untuk menipu di mana sahaja di dalam ruangan medianya termasuk hARAKah.
Kali ini PAS nampak diam sejuta bahasa di dalam media baru termasuk hARAKah.
Pemimpin tertinggi PAS seperti Hadi, Nik Aziz dan Ketua Penerangannya sibuk dengan membuka mulut memberi penerangan bagaimana menutup 'jamban' yang busuk.
Sasterawan Shit sudah lama dilupakan oleh puak PAS yang kini berjangkit di laman sendiri.
Bayangkan mana kerajaan negeri BN sekarang ini hendak cari wang sebanyak itu.
Saya yakin Ajijoi tidak berganjak dengan idola kesayangannya yang telah memerintah 20 tahun di Kelantan.
Walaupun didedahkan sebanyak-banyak kesilapan PAS dan pemimpinnya, Ajijoi tetap dengan pendirian bahawa PAS adalah parti Islam.
Ketika gambar Nik Aziz sedang memberi wang semasa pilihanraya di Galas, Ajijoi kata itu adalah wang zakat.
Saman yang berjumlah RM 1 bilion adalah satu rekod pemerintahan PAS yang patut diberi anugerah World Of Records.
Sudah terbukti PAS adalah sebuah parti yang dipuji oleh puaknya bagaikan MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI.
2 comments:
Marilah kita muhasabah diri. Penuhi diri dengan manafaat bukan mudharat. Allah Hu Akbar.
Wahai Ajijoi,

Post a Comment