Tuesday, December 14, 2010

Bahayanya Kuasa Ketiga


Baru-baru ini, penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) mengumumkan penubuhan 'kuasa ketiganya' yang dikenali sebagai Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM). (Malaysiakini - 13.12.10)

Tujuan penubuhan kuasa ketiga ini bukanlah bermaksud untuk mencuri undi daripada pihak Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya bermatlamat untuk 'memperbaiki' kerosakan politik di Malaysia.

Ikuti video majlis penubuhan tersebut serta matlamatnya yang disampaikan oleh RPK sendiri di Malaysia-Today.net

Tertarik

Pada mulanya saya begitu tertarik dengan idea untuk mewujudkan Kuasa Ketiga ini kerana terlalu banyak kerosakan di Malaysia yang diakibatkan oleh ahli-ahli politik kita, baik daripada BN mahupun daripada PR sendiri.

Dengan adanya sebuah badan yang bebas ditengah, bertindak sebagai 'check and balance', lalu mengubah kepada yang lebih baik, sudah tentu mendapat kepercayaan ramai rakyat serta membela nasib penduduk dinegara ini yang selama ini menjadi mangsa kepada politik keterlaluan.

Jika kita boleh menerima penubuhan BERSIH, sebuah badan gabungan parti-parti politik dan NGO untuk membersihkan sistem pilihanraya dinegara ini, mengapa kita tidak boleh menerima penubuhan MCLM?

Saya masih menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi terhadap penubuhan MCLM demi masa depan negara kita.

Bahaya kebebasan keterlaluan

Tetapi segala harapan dan kepercayaan saya terhadap MCLM tidak lama. Idea yang pada mulanya diterima, kini perlu ditentang habis-habisan.

Mengapa berubah? Masakan tidak, apabila membaca tindakan pertama MCLM adalah menamakan seorang pejuang murtad sebagai calon untuk dihantar kedalam Parlimen. (The Malaysian Insider - 13.12.10)

Malik Imtiaz Sarwar mula terkenal kerana mempertahankan kes Lina Joy yang murtad apabila memutuskan untuk keluar Islam dan kembali sebagai penganut Islam.

Mungkin kerana kebebasan yang terlalu diinginkan oleh golongan MCLM ini, membuatkan mereka terlupa akan batas-batas agama yang menjadi garis pemisah diantara kebaikan dan kejahatan, kebenaran dan juga kebatilan.

Penubuhan MCLM untuk bebas bersuara, bebas memilih dan sebagainya merupakan satu ancaman kepada sebuah negara yang mengamalkan agama Islam.

Takrif kebebasan yang diamalkan oleh MCLM ini perlu diberi perhatian serius kerana terlalu bebas dibimbangi akan terbabas.

No comments:

Followers