Serangan terbaru terhadap Anwar adalah laporan Wikileaks. Laporan tentang kepercayaan kerajaan Singapura terhadap dakwaan liwat Anwar dipergunakan seluas-luasnya oleh media kerajaan BN. Seolah-olah, rakyat hanya menerima bulat-bulat segala berita daripada pihak kerajaan, laporan Wikileaks terhadap kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan Najib tidak langsung disentuh.
Seperti mana Umno hanya mengamalkan agama suku, politik suku, begitulah juga yang mereka terjahkan keminda rakyat dengan laporan Wikileaks ini. Hanya percaya laporan mengenai Anwar tetapi lupakan laporan mengenai Najib.
Dizaman ini, penuduh tidak perlu membawakan bukti tetapi sebaliknya yang dituduhlah terpaksa membuktikan dirinya tidak bersalah.
Itulah yang terjadi kepada Anwar apabila beliau terpaksa mempertahankan dirinya daripada fitnah terbaru (Wikileaks) dengan mengadakan siri ceramah turun padang bertemu rakyat bagi menyatakan kebenaran.
Sungguhpun pelbagai ragam dan sekatan dilakukan, namun begitu ceramah yang diadakannya di Taman Melawati kelmarin mendapat sambutan ramai.
Begitulah Anwar Ibrahim, makin ditekan, makin kuat beliau melantun untuk melawan.
Mari kita dengar penjelasan Anwar tentang senjata terbaru Umno/BN iaitu Wikileaks yang ditujukan terhadapnya.
No comments:
Post a Comment