Tuesday, December 14, 2010

Parti kecewa baru ditemui

Zaid Ibrahim

Zaid Ibrahim, bekas ahli Umno dan PKR kini telah secara rasminya menyertai parti Akim (Angkatan Keadilan Insan Malaysia) sepertimana yang diakui oleh Presidennya, Zakaria Salleh (The Malaysian Insider: 13 December 2010).

Zaid yang sebelum ini mengisytiharkan untuk keluar daripada parti PKR dan akan menubuhkan sebuah parti politik yang baru untuk bertanding didalam pilihanraya umum ke-13 nanti, ternyata terpaksa mencari jalan baru dengan menyertai Akim kerana pendaftaran untuk sebuah parti yang baru pasti memakan masa yang lama.

Akim, sebuah parti yang kali terakhir kita dengar mengenainya apabila calon mereka, Hanafi Mamat kalah bertanding bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh menentang Dato Seri Anwar Ibrahim Ogos 2008 lalu merupakan sebuah parti yang hampir dilupakan. Namun kini, namanya kembali disebut-sebut kerana penyertaan Zaid Ibrahim kedalam parti tersebut.

Lebih menarik lagi apabila perhimpunan agung parti tersebut akan dilangsungkan pada minggu ini dan peluang Zaid untuk bertanding jawatan Presiden begitu terbuka luas.

Apakah parti Akim bakal menyaksikan suatu tempat baru bagi orang-orang yang kecewa didalam politik berkumpul dan bergabung tenaga untuk 'membalas dendam' terhadap parti lama mereka?

Perlukah Akim ditukar maksudnya dengan "Aku Kecewa Ikuti Mu"?

No comments:

Followers