Sunday, April 4, 2010

Dewan Pemuda PAS Perak menziarahi Ust Haji Shuib Husin

ii

Bertindak dari laporan seorang sahabat blogger [link], AlhamduliLLah siang tadi aku bersama² rakan sekerja, Setiausaha Jabatan Pilihanraya Negeri PAS Perak merangkap Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak saudara Salman Saleh dan Penolong Setiausaha 2 Dewan Pemuda PAS Negeri Perak saudara Safarizal Saleh berkesempatan meluangkan masa menziarahi Ustaz Shuib Hussin, aktivis PAS Perak yang sekarang ini sedang keuzuran akibat diserang ‘light stroke’. Beliau merupakan Timbalan Yang diPertua PAS Kawasan Kampar dan lebih terkenal sebagai Timbalan Pengarah 1, Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak kelihatan begitu ceria menerima kunjungan kami.

Walaupun jelas kelihatan susuk tubuhnya semakin susut, namun semangatnya untuk berjuang kekal membara. Aku yang tidaklah begitu lama mengenali susuk tubuh ini memang maklum dengan semangat perjuangan yang dimilikinya itu. Meskipun umurnya sudah mencecah 72 tahun, sebut sahaja dimana tempat berlakunya pilihanraya kecil mahupun lawatan kerja jentera pilihanraya negeri ke kawasan, akan terpacullah belaiu disitu sekiranya tiada keuzuran walaupun terpaksa memandu bersendirian beratus-ratus kilometer. Itu kisah ketika tubuhnya masih segar dahulu.

Sewaktu kehadiran kami, beliau sedang disantuni anak angkatnya, saudara Farid. Farid walaupun tidak pernah terdidik sebagai ahli jemaah mahupun ahli Unit Amal yang terkenal dengan slogan keramat ‘Beramal Kerana ALlah’ itu telah sanggup menawarkan khidmatnya menjaga Ust. Shuib Husin hampir sebulan ini. Menurut Ust. Shuib, beliau tidak pernah mengenali anak angkat barunya ini sebelum ini dan hanya dikenali menerusi laman Facebook anaknya. Menurutnya lagi Farid merupakan anak kepada salah seorang jemaah PAS Kuala Kangsar dan bekerja membantu bapanya menoreh getah. Sebelum ini Ust. Shuib Husin telah dijaga oleh Kolonel Rahim, aktivis PAS Kawasan Taiping selain ahli PAS Kawasan Kampar dan anak-anaknya sendiri.

Justeru tanpa menidakkan kesibukan sahabat seperjuangan mahupun pimpinan negeri, sekiranya kesuntukan masa untuk menziarahinya, sudilah kiranya dapat mendoakan kesihatan beliau agar dapat bersama-sama kembali mewarnai perjuangan Islam dimuka bumi ini sehingga akhir hayat beliau. Al-Fatihah…


Kawan tika susah dan senang. Kolonel Rahim setia memberikan
khidmatnya bagi menjaga pejuang tua ini. Rahmat ALlah buatmu sekeluarga

- budak ipoh timor blog

1 comment:

armouris said...

Lagi info tentang STROK di sini - Awasi Tanda-tanda Strok

Followers