Saturday, April 17, 2010

Prk Hulu Selangor: BN tentang BN, PKR calon terbaik

Sudah terang lagi bersuluh. Perebutan hebat untuk kerusi di Parlimen Hulu Selangor antara Umno dan MIC tidak boleh diselindungkan lagi.

Kenyataan terserlah hari ini apabila calon daripada Umno dan MIC bagaikan mengisytiharkan diri mereka sebagai 'BEBAS' (sebagaimana yang dilakukan sebelum ini oleh Ahli Parlimen dan Adun yang melompat parti) sanggup membelakangkan keputusan pimpinan tertinggi parti masing-masing demi untuk bertanding merebut kerusi 'panas' tersebut.

Jika difikirkan secara waras, sudah tentulah ini bermakna BN menentang BN di Hulu Selangor. Walaupun keputusan untuk memecat calon-calon daripada Umno dan MIC ini hanya terbit apabila mereka disahkan sebagai calon.

BN yang kini telah reput membangkai dan hanya menunggu pupus masih lagi menaruh harapan agar dapat mengatasi 'calon gergasi' PKR, Zaid Ibrahim di dalam pertandingan yang bakal menentukan hidup matinya MIC bersama 'sole proprietor'nya iaitu Samy Vellu.

Setakat ini, entah berapa juta wang rakyat yang telah dijanjikan kepada warga pengundi Hulu Selangor. Dan entah berapa banyak lagi yang akan dicurahkan di situ asalkan dapat memberikan sedikit harapan kemenangan kepada BN.

'Laws are made to be bend' sekali lagi akan dijadikan slogan BN di dalam menghadapi pilihanraya samada yang kecil mahupun besar. Segala jentera kerajaan terutamanya Umno cawangan SPR, PDRM dan SPRM akan dikerah dan diarah untuk menjalankan tugas mereka dengan menggunakan slogan tersebut bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN sama ada secara 'jantan' ataupun 'bacul' (by hook or by crook).

Hulu Selangor: Gelanggang Dibuka, Sah 4 Calon Bertanding

Diari Penamaan calon di Hulu Selangor

No comments:

Followers