Sunday, April 18, 2010

Cara unik Najib berkempen di Hulu Selangor

Dalam keghairahan kesemua pimpinan parti baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang (peringatan: Umno dan BN adalah pembangkang di negeri Selangor) berkempen untuk memastikan kemenangan calon mereka di dalam pilihanraya kecil P094 Parlimen Hulu Selangor, ternyata tidak dapat menandingi keunikan cara berkempen yang sedang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia daripada Umno, Najib Razak.

Keunikan kempennya adalah dengan melarikan diri daripada kawasan pilihanraya tersebut, berlawanan dengan cara tradisi yang memaksa kesemua pimpinan menayangkan muka ditempat pilihanraya dan dihadapan para pengundi.

Inilah kehebatan nasihat daripada pakar perunding yang dibawa daripada negara Laknatullah, Israel iaitu Apco Worldwide kepada Najib. Di mana isu Apco begitu lantang disuarakan oleh parti PKR, PAS, DAP mahupun NGO Islam di pentas ceramah Hulu Selangor agar bersama-sama menentang kehadiran ajen Israel di bumi Malaysia ini, Najib telah membawa isu yang melekat kuat kebadannya keluar daripada negara dengan membuat lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan Jepun.

Sepanjang kempen prk Hulu Selangor, bapa kepada isu ejen Israel ini membawa sekali isu tersebut tanpa perlu berhadapan mahupun menjawab segala permasalahan yang ditimbulkan.

Isu hubungan Umno dan Apco tidak akan berakhir selagi syarikat yang pro Zionis itu masih berada dalam dakapan Najib dan Umno di bumi Malaysia ini. Rakyat yang berilmu dan beriman tidak akan berdiam diri dan membiarkan sahaja isu ini berterusan.

No comments:

Followers