Program 'Umno Pengkhianat Rakyat', yang akan dilancarkan 9 Januari ini, akan dilengkapi dengan buku kecil yang mendedahkan tindakan Umno terhadap orang Islam dan Melayu di negara ini, katanya lagi.
Kenyataan Idris itu dipercayai sebagai reaksi usaha Umno untuk menganjurkan program 'Umno Juara Rakyat' pada Januari ini dalam usaha menggerakkan jentera parti itu di peringkat akar umbi bagi persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Program raksasa itu, yang dilaporkan antara usaha mentransformasi Umno dalam memperkasakan masyarakat Melayu, akan dirasmikan presidennya Datuk Seri Najib Razak.
Muhyiddin dipetik berkata, serentak dengan pelancaran 'Umno Juara Rakyat', semua ahli Umno dminta menggerakkan kerja mereka bagi menghadapi persiapan pilihan raya umum ke-13.
Dengan nada seumpamanya, Idris juga menyeru semua ketua penerangan PAS supaya bekerja keras "untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan di kubu-kubu kuat mereka" pada pilihan raya tersebut - yang dijangka lebih sengit daripada sebelumnya.
"PAS akan menggunakan segala kemudahan media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno," katanya.
"Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan 'Hidup Melayu' kini tersepit kerana semakin ramai orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan."
-malaysiakini
No comments:
Post a Comment