Tuesday, December 22, 2009

Akhbar perdana bakal bungkus - Prof Dr Abu Hassan

TAMAN MELEWAR 20 DEC Prof Dr Abu Hassan, seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya menjangka akhbar-akhbar perdana negara ini bakal menutup operasi mereka jika kajian yang dilakukan beliau dan kumpulannya, Zentrum ternyata benar.

Masyarakat hari ini lebih percaya dan gemar mendapatkan maklumat melalui internet, samada akhbar online ataupun blog-blog daripada membeli akhbar-akhbar perdana yang dijual, katanya lagi di Konvensyen Blogger Pas yang diadakan di Markaz Tarbiyyah, Taman Melewar hari ini.

Ini dapat digambarkan melalui carta kepercayaan terhadap media mengikut umur seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah I dibawah.

Dalam kajian Bandingan Transkandungan Media yang dilakukan oleh Zentrum Future Studies Malaysia pada 2008 mendapati hampir 87% kandungan informasi dalam blog menjadi bahan berita oleh media tradisi seperti akhbar dan TV, sedangkan cuma 14% berita dan rencana yang disiarkan oleh media tradisi menjadi kandungan di dalam media baru/blog. Jumlah tumpang bahan/dokumen/berita oleh media tradisi terhadap kandungan dalam blog meningkat setiap hari dengan purata 53 sumber informasi diambil menjadi isu berbanding cuma 3 dari media tradisi oleh media baru.

Masyarakat Malaysia secara kerap mengikuti berita melalui media tradisi iaitu Utusan Malaysia (6%), Barita Harian (9%), The Star (12%), RTM (2%), TV3 (5%), Awani (10%) dan Blog dan jaringan sosial (42%), yang selebihnya secara media yang lain. Ini boleh dibuktikan dengan gambarajah II seperti dibawah.


Internet telahpun menjadi sebuah kepercayaan baru, yang secara menyeluruh menguasai cara manusia menguruskan penghidupan, termasuk politik. Pengaruh ini bukan sahaja menyingkirkan pemikiran komunikasi primitif yang singularisme kepada pluralisme, malah memproses semula budaya sejagat. Tentunya jika mensikapi peranan dan potensi media baru di dalam 'politik' misalnya di negara ini tentu dalam tempoh sehingga 2012 nanti hampir keseluruhan fungsi-fungsi aktual akan dibentuk dan diseliakan dari pengaruh media baru.

Lalu mengasai media baru adalah menguasai pengaruh di masa depan.

Apabila ditanya mengenai masa depan blog, beliau mengatakan bahawa blog tidak akan mati malah akan terus mendapat tempat didalam masyarakat Malaysia yang merupakan pengguna internet dan pembaca blog terbesar di dunia (92%) berbanding USA (60%), UK (66%), China (88%), France (78%), Italy (79%), Spain (78%), Rusia (71%), Australia (62%), Germany (55%) dan Global (77%).

Beliau juga menjangkakan bahawa mulai tahun hadapan, video blog akan menjadi kegilaan utama kerana kehidupan masyarakat yang kini mula malas untuk membaca. Jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, MySpace dan lain-lain juga dilihat sebagai tarikan utama masyarakat tempatan dan dunia.

Sesiapa yang berupaya untuk menguasai kecanggihan teknologi terkini, merekalah yang akan berjaya menguasai pemikiran dan pengaruh masyarakat dunia.

No comments:

Followers