IPOH 8 DEC Kemelut yang selama ini melanda Pafa telah terungkai dan dianggap selesai apabila Dato Seri Nizar Jamaluddin selaku Presiden Pafa telah berjaya menyatukan dan menyelesaikan kesemua permasalahan didalam mesyuarat ahli majlis yang diadakan di Pejabat Pafa, Ipoh petang ini.
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 2.15 petang tidak dapat memulakan agenda yang ditetapkan kerana terdapat seorang bekas ahli majlis, Abd Jamil Othman yang telah dipecat bulan November lepas turut serta didalam mesyuarat.
Beliau tetap berkeras untuk turut serta didalam mesyuarat itu walaupun telah sedia maklum akan pemecatannya oleh Presiden melalui surat pada bulan lepas. Dato Seri Nizar sekali lagi terpaksa menerangkan bahawa perlantikannya sebagai ahli majlis dahulu adalah atas lantikan Presiden dan adalah menjadi hak mutlak Presiden untuk memecatnya.
Tempat Jamil telah digantikan dengan YB Kesavan Subramaniam (Adun Hutan Melintang) yang dilantik oleh Presiden Pafa sendiri.
Setelah Jamil meninggalkan bilik mesyuarat, barulah perjalanan mesyuarat berjalan seperti yang telah dijadualkan.
Suasana mesyuarat yang dijangkakan hangat dengan usul memaksa Presiden meletakkan jawatan telah berlaku sebaliknya. Sesuatu yang agak pelik apabila kesemua ahli majlis yang hadir telah berlapang dada untuk mendengar penerangan daripada Presiden Pafa, Dato Seri Nizar. Tiada langsung usul untuk mendesak perletakan jawatan Presiden Pafa dibangkitkan semasa mesyuarat berlangsung sebagaimana digembar-gemburkan beberapa pihak sebelum ini.
Kebijaksanaan Dato Seri Nizar memimpin dan mengendalikan perjalanan mesyuarat membuatkan segala perbincangan berjalan dengan lancar dan didalam suasana yang mesra lagi berhemah.
Ini diakui sendiri oleh Naib Presiden PAFA, Dato Seri Abdullah Hishan yang mengatakan bahawa pada hari ini politik telah diketepikan demi semangat bersama untuk memajukan sukan bolasepak dinegeri Perak. "Mesyuarat hari ini benar-benar melambangkan semangat 1 Perak dalam mencapai keputusan yang memuaskan semua pihak" katanya didalam sidang media petang ini.
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Presiden Pafa serta ahli jawatankuasanya dalam menangani masalah yang melanda Pafa. Semoga sukan bolasepak akan kembali bersinar dengan kepimpinan yang sedia ada sekarang.
1 comment:
menunjukkan betapa toleransinya orang2 umno dan tidak tamakkan kuasa..demi kesejahteraan sukan bolasepak, org2 umno tak tamakkan kuasa tetapi berkorban dan toleransi asalkan bolasepak perak dapat di selamatkan.jika ada pun desakan sebelum ini hanyalah untuk presiden pafa bersikap lebih bertanggungjawab dan buat kerja!!!!jgn melopong menyalahkan dan mengharapkan org lain..
sebaliknya berlaku jika presiden pafa adalah org umno pasti puak2 hina pas bermati-matian mahukan jawatan itu...begitulah semangat sesaudara islam yang ditunjukkan oleh org2 umno..
sepatutnya org pas malu dengan budi pekerti dan toleransi org2 umno yang dianggap kapir oleh pas..org pas yang mengaku terlebih islam tapi jiwanya lebih dasyat dan teruk dari kapir dap..kesian...
Post a Comment