Friday, December 18, 2009

Kursus Motivasi Kecemerlangan Insan: GPMS tarik balik kebenaran di saat akhir

IPOH 18 DEC Kursus motivasi kecemerlangan insan anjuran Smartcom Consultancy yang dijadualkan bermula hari ini sehingga ahad di Institut Latihan GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung), Kg Seri Rahmat, Lahat telah mendapat kejutan sebaik saja kursus itu ingin dimulakan.

Mana tak terkejut pihak penganjur apabila diberitahu bahawa GPMS Pusat telah mengarahkan agar kebenaran untuk mengadakan kursus di premis tersebut ditarik balik serta merta.

Arahan tersebut dikatakan diterima oleh pihak GPMS negeri hanya melalui telefon tengah malam tadi. Arahan penarikan balik itu telah disampaikan kepada pihak Smartcom Consultancy seawal pagi semasa persiapan untuk memulakan kursus sedang dijalankan.

Atas alasan apa kebenaran menggunakan premis institut GPMS untuk menjalankan kursus motivasi kepada anak-anak melayu ini ditarik balik di saat-saat akhir, tak tahulah.

Mungkin pihak GPMS perlu diperingatkan kembali mengenai pepatah Melayu iaitu 'buruk siku', 'tidak menepati janji' dan juga ciri-ciri orang yang 'munafik'.

2 comments:

Nangkubai said...

Yang nak buat motivasi ni,bukan ke anak-anak orang Melayu bro? Nama saja GPMS tapi lu punya kerja buat macam Yahudi adanya..Hampehhh!!

Unknown said...

Gabungan Pencacai Malaun Sedunia (GPMS) ni memang keturunan Firaun. Kan depa ni salah satu proksi UMNO. Takpa bro, biar rakyat yang balas dendam pada depa ni.

Followers