Sunday, December 27, 2009

Kenduri kahwin kerja jemaah

Kelihatan Cikgu Omar begitu gembira menyambut kehadiran
saudara-mara dan sahabat handai jauh dan dekat.
Manakala Tuan Guru Abu Bakar Hussain, Pesuruhjaya
Pas Perak (berbaju batik perang) turut membantu dengan
memastikan segala-galanya berjalan dengan teratur.


IPOH 26 DIS Hari ini merupakan hari yang agak sibuk buat saya apabila turut terlibat dalam membantu menguruskan kenduri kahwin anak kepada seorang sahabat dan jemaah di Surau Al-Ehsan iaitu Cikgu Omar.

Ini juga merupakan kenduri kahwin yang pertama dilaksanakan oleh Cikgu Omar, suatu pengalaman baru baginya.

Saya yang ditugaskan membantu beliau menyambut kehadiran para tetamu, rasa sedikit terharu kerana sumbangan saya masih diperlukan. Ini adalah kerana saya tidak punya wang ringgit untuk membantu, sebaliknya hanyalah masa dan tenaga sahaja yang dapat saya hulurkan bagi membantu kerja-kerja jemaah kita.

Saya juga turut berbangga kerana dapat membantu memastikan para jemputan muslimin menjamu selera dikhemah yang disediakan untuk muslimin, begitu juga dengan para muslimat. Tujuan kami untuk mengelakkan percampuran antara muslimin dan muslimat semasa majlis kenduri tersebut sepertimana yang dinasihatkan oleh Tuan Guru Abu Bakar Hussain dan Ustaz Faisol ternyata berjaya. Semoga menjadi model / contoh kepada kenduri-kenduri yang bakal dilaksanakan oleh para jemaah yang lain dimasa hadapan.

Semoga talian ukhuwwah diantara para jemaah kita bertambah erat serta menjadi contoh yang baik kepada semua.

No comments:

Followers