Wednesday, July 9, 2014

BONUS RAYA: GURU KAFA PERAK TIDAK DAPAT?

Pemuda PAS Perak cukup sedih jika Kerajaan Negeri Perak meminggirkan jurusan bidang agama Islam terutamanya kepada para penyelia dan guru Kelas Pengajian al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Perak yang telah banyak menyumbang khidmat bakti mereka kepada anak-anak kita agar memahami Islam dengan lebih dekat.

Kami menerima aduan memaklumkan bahawa Guru KAFA sehingga kini masih belum mendapat berita gembira mereka sama ada akan menerima imbuhan bonus raya atau tidak sepertimana kakitangan awam yang lain amat menyedihkan.

Mereka juga mempunyai hasrat untuk membuat persiapan Sambutan Hari Raya pada kali ini dan memungkinkan terbantut jika masih belum atau tidak akan mendapatkannya untuk kali ini. Kami merayu agar Kerajaan Negeri Perak menimbang imbuhan bonus raya kepada semua Guru KAFA di Perak yang perlu diberikan perhatian. 

Kami harapkan Kerajaan Negeri Perak tidak akan menghampakan semua Guru KAFA yang masih mengharapkan keprihatinan terutamanya akan hampirnya musim perayaan pada Hari Raya tahun ini.

Kami mengharapkan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dapat panjangkan hasrat murni ini agar ianya akan menggembirakan semua Guru KAFA agar Kerajaan Negeri Perak akan menyalurkan juga bantuan itu nanti. 

Kami harapkan agar Kerajaan Negeri Perak akan membuat pengumuman juga kapada semua Guru KAFA bahawa kebajikan mereka akan terus diberikan perhatian terutamanya menjelangnya Sambutan Hari Raya kali ini.

YM DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

No comments:

Followers