Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Setelah sebulan berpuasa, menahan lapar dan dahaga, menahan diri dari segala yang dibolehkan sebelumnya, semata-mata mencari yang satu, taqwa kepada Allah Taala. 

Kini, tiba masanya kita bergembira dengan tibanya bulan Syawal, dimana semua meraikan Aidilfitri, hari raya yang dinanti-nanti. 

1 Syawal juga merupakan hari untuk bermaaf-maafan.

Dikesempatan yang sedikit ini, saya ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan perkataan mahupun perbuatan, yang disengajakan mahupun tidak, yang disedari atau tanpa disedari. Maafkanlah diri ini. 

Bagi yang memandu, berhati-hatilah ketika pulang beraya. Tiada yang lebih berharga daripada nyawa, kita dan juga orang lain.

Bergembiralah bersama keluarga tercinta dihari yang mulia ini. Inilah masanya memperkukuhkan ikatan persaudaraan, jalinan kekeluargaan. 

Daripada saya yang dhaif ini, hanyalah ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Semoga Ramadhan dan Syawal tahun ini lebih baik dan bermakna daripada yang terdahulu. 

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...