Friday, July 18, 2014

Berita Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia, tidak benar

Awal pagi ini telah bertebaran berita di laman sosial dan internet yang mengatakan Tuan Guru Nik Aziz telah meninggal dunia di HUSM akibat komplikasi jantung. 

18/07: TERKINI - AL FATIHAH. YB Datuk Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka (Mantan Menteri Besar Kelantan) meninggal dunia sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian, Kelantan akibat komplikasi jantung. -  HARAKAH.

Untuk meyakinkan lagi pada orang ramai yang menerima berita tersebut, nama Harakah yang merupakan berita rasmi parti PAS telah digunakan. 

Pihak Harakah menafikan berita tersebut bersumber daripada mereka. Berita tersebut ternyata tidak benar dan palsu.

Anak kepada Tuan Guru Nik Aziz, YB Ustaz Nik Abduh juga telah menafikan berita tersebut melalui laman Twitter milik beliau. 


Diharap agar orang ramai berhenti menyebarkan berita yang tidak benar itu. 

Sebaliknya, bersama-samalah kita mendoakan kesembuhan buat Tuan Guru Nik Aziz yang kita sayangi. 

Semoga Tuan Guru kembali sihat seperti sediakala untuk terus menyampaikan ilmu dan dakwah bagi umat masakini. 

Pimpinan beliau juga masih diperlukan dalam menempuh zaman fitnah yang semakin menjadi-jadi hari ini. 

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...