IPOH - Menyedari harga getah yang semakin menurun, Dewan Pemuda PAS Perak mengambil inisiatif mengadakan pertemuan ramah mesra dengan Pengarah Lembaga Getah Malaysia Wilayah Utara, Tuan Haji Sabran Ibrahim.
Pertemuan tersebut diketuai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Mohd Akmal Kamarudin bersama dua exconya iaitu Sdr Fakhrulrazi Mokhtar dan Sdr Faizal Fuad.
Pertemuan penuh mesra yang berlangsung hampir dua jam di Pejabat Lembaga Getah Malaysia Wilayah Utara itu membincangkan pelbagai isu berkaitan dengan penurunan harga getah yang membebankan pekebun kecil.
Menurut Mohd Akmal Kamarudin, pertemuan ini diadakan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih jelas tentang apa yang berlaku.
"Pertemuan ini juga membuktikan bahawa Pihak Pemuda PAS Perak amat mengambil berat berkaitan penderitaan rakyat", ujar beliau.
Tegas beliau lagi nasib pekebun kecil yang majoritinya adalah golongan miskin tegar mesti dibela oleh pihak kerajaan. "Ada di antara anak mereka yang tidak membawa duit belanja ke sekolah kerana faktor kewangan, ini ditambah pula dengan cuaca kemarau yang malanda negara menyebabkan susu getah berkurangan".
Sehubungan itu pihak Dewan Pemuda PAS mencadangkan agar pihak kerajaan memperkenalkan harga lantai untuk mengatasi harga getah yang tidak menentu. "Dengan pelaksanaan ini, nasib penoreh getah lebih terbela dan masalah miskin tegar akan dapat diatasi", Sambung beliau yang mencadangkan harga lantai untuk getah pada kadar RM4 Sekilogram.
Dalam pertemuan tersebut juga beliau turut mempersoalkan kenapa harga getah yang dijual diluar negara dibeli dengan harga tinggi sedangkan penoreh getah menjual kepada syarikat dengan harga yang amat rendah. "perkara ini amat menghairankan kita dan adakah urusan jual beli diluar negara ini dikawal oleh syarikat-syarikat kroni kerajaan yang senang lenang mengerah tenaga rakyat, Ini kerana kita melihat pihak yang terlibat dengan industri getah seakan tidak terkesan dengan situasi yang berlaku, sehubungan itu kita akan mendesak kerajaan agar menjelaskan perkara ini kepada rakyat siapakah yang terlibat dengan urusan jual beli ini ", tambah beliau lagi.
No comments:
Post a Comment