Jika mereka tetap dengan pendirian mereka untuk mengotori kesucian bulan Ramadhan, bermakna mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang fasik, sentiasa bergelumang dengan kemaksiatan y7ang akhirnya membawa kepada murtad dan kekufuran kepada Allah SWT. Nauzubillah...
Semoga Allah SWT melindungi kita.
Nota Tambahan:
Dalam setahun kita akan menempuh sebanyak 12 bulan. Dalam setahun itulah kita akan menemui satu bulan yang lain daripada yang lain. Bulan tersebut dipanggil sebagai bulan Ramadhan.
Kepada mereka yang berkesempatan berjumpa dengan bulan Ramadhan, tetapi menjadikan bulan Ramadhan sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain, maka sungguh malang baginya.
Ini kerana, bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat istimewa. Tidak dapat disamakan dengan bulan-bulan yang lain seperti bulan Syawal dan sebagainya.
Allah SWT menjanjikan pada bulan tersebut, terdapat satu malam jika dilaksanakan ibadah pada malam tersebut dengan penuh kusyuk dan iklas, ganjaran yang diperolehi lebih baik daripada beribadah selama seribu bulan (83 tahun). Malam tersebut ialah Lailatul Qadar.
Lebih malang lagi apabila nama sahaja Muslim, tinggal juga di kawasan orang-orang Muslim tetapi dalam masa yang sama telah mencemarkan nama baik Islam. Pada bulan Ramadhan, mereka cemarkan dengan kemaksiatan, kerana bagi mereka bulan Ramadhan sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain.
No comments:
Post a Comment