Thursday, January 20, 2011

Meet Uncle Alhusseyn

Tajuk di atas tiada kena mengena dengan kumpulan muzik Indi 'Meet Uncle Hussain' yang memenangi tempat kedua di Anugerah Juara Lagu ke-25 TV3 baru-baru ini.

Alhamdulillah, saya diberikan kesihatan dan kelapangan waktu oleh Allah Taala untuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi menziarahi seorang saudara dan juga rakan yang telah berada di sana semenjak 2 Januari yang lalu akibat sakit kencing manis.


Beliau yang saya maksudkan adalah Cikgu Ali ataupun dikenali juga sebagai blogger Alhusseyn. Tajuk diatas saya tulis begitu kerana memang telah biasa berjenaka dengan beliau. Kalau yang mengenalinya, pasti tahu bagaimana karekter Cikgu Ali yang suka berjenaka.

Setibanya saya di hospital tadi, terserempak dengan beberapa sahabat yang sama tujuan untuk menziarahi Cikgu Ali.

Di hadapan lif pula, bertemu dengan YB Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng dan YB Chang Lih Kang, Adun Teja yang kebetulan ingin menziarahi rakan mereka ditingkat yang sama. Mereka ikuti kami untuk menziarahi Cikgu Ali dahulu sebelum melawat rakan mereka.

Setibanya kami dikatil, Cikgu Ali sedang rancak berbual bersama beberapa orang teman yang terlebih dahulu sampai. Wajahnya kelihatan ceria dan gembira dengan kunjungan kami. Dr Lee dan Chang Lih Kang bertanyakan khabar, serta mendengar penuh teliti apabila Cikgu Ali menceritakan keadaannya sekarang.

YB Dr Lee Boon Chye dan YB Chang Lih Kang bertanya khabar

Cikgu Ali menceritakan keadaannya sekarang kepada semua

Senda gurau bersama menceriakan suasana

Kami semuanya berasa teruja kerana walaupun sedang sakit, beliau masih lagi tetap setia menulis blog dan mengikuti perkembangan terkini melalui laptop yang senantiasa menemaninya dikatil.

Sakit kencing manis memang telah lama dialaminya. Punca beliau dimasukkan kewad apabila kakinya membengkak dan dikatakan mengandungi nanah.

Pembedahan dilakukan pada tapak kaki kirinya untuk membuang sel-sel (isi @ daging) yang telah rosak. Dan untuk rawatan dan pengawasan lanjut, beliau masih berada diwad dengan ditemani isteri tercinta lagi setia.


Semoga Cikgu Ali @ Alhusseyn cepat sembuh dan kembali seperti sediakala dengan berkat iringan doa-doa daripada kita semua. Amin.

2 comments:

Juragan said...

InsyaAllah,Semoga cepat sembuh.

Anonymous said...

terima kasih joi kerana entri ini... rasa tambah glamour teman ni....dtg ndnti jgn lupa bawa satey, durian...haa! haa!

Followers