Monday, January 24, 2011

Bukti penyelewengan Datuk Ai, Calon BN Dun Tenang

Pada siri pendedahan yang lalu, CiLiK© telah mengutarakan kisah lelongan yang menyebabkan tanah berkenaan terlepas ke tangan pihak ketiga akibat Keculasan Datuk Ai, Calon BN semasa menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah Segamat ketika itu, sila rujuk link ini [Penyelewengan Calon BN].

Sebelum ini, Datuk Ai (Calon BN DUN Tenang) mengatakan bahawa dia tidak bimbang dengan serangan pembangkang kerana "beliau tidak ada perkara yang disembunyikan" [Utusan]. Nampaknya Datuk Ai sudah lupa dengan salah guna kuasa yang pernah dilakukan malah sudah diketahui oleh seluruh warga di Segamat! bangkai gajah mahu ditutup dengan tudung saji "Pelanduk mudah lupakan jerat". CiLiK cabar Datuk Ai! Sila nafikan pendedahan ini!


Pendedahan diteruskan

Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh tuan tanah, sehingga terpaksa bergolok bergadai untuk mempertahankan tanahnya daripada dilelong, namun proses lelongan tetap juga berlaku.

Sebagai jalan terakhir, tuan tanah yang terlalu terdesak telah menawarkan wang RM 3000 kepada pembida agar menarik diri daripada lelongan tersebut. malangnya pihak pembida menolak, sebaliknya meminta wang sebanyak RM 30,000 jika mahu pihaknya menarik diri dari pembidaan tersebut.

Akhirnya terlepaslah tanah seluas 8 ekar ini kepada pembida tersebut. Tuan tanah yang berasa dianiaya oleh masaalah birokrasi Datuk Ai selaku PPT pada waktu itu telah melantik peguam bagi memastikan perkara ini dibawa ke mahkamah.

Keadilan harus dituntut! Salah guna kuasa Calon BN, Datuk Ai harus didedahkan kepada masyarakat! Ini bukan isu peribadi, tetapi isu penyelewengan yang melibatkan tanah rakyat yang teraniaya.

Sebagai bukti dakwaan ini, di bawah ini CiLiK© dedahkan dokumen-dokumen yang berkaitan, [Sila klik untuk membesarkan imej]

Nuffnang Ads





Nantikan pendedahan seterusnya, apabila pembeli tanah telah mengambil tindakan saman ke atas Kerajaan Johor akibat dari keculasan Calon BN DUN Tenang, si Datuk Ai ini.

CiLiK© "Datuk Ai cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji walaupun bau busuknya sudah lama dihidu oleh seluruh warga di Segamat Johor!"


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/01/bukti-penyelewengan-datuk-ai-calon-bn.html#ixzz1BxEGlJlt

2 comments:

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

Isu lelongan tanah bukanlah isu yang boleh dikaitkan dengan calon BN di Tenang.

Di sinilah letaknya kebodohan PAS untuk memancing undi.

Jawapannya sangat mudah.

Mansor tak bayar ansuran pinjaman CIMB Bank yang pasti melanggar perjanjian dengan bank di mana Mansor menggadaikan tanahnya sebagai cagaran.

Jadi bank ambil tindakan melalui mahkamah.

Mahkamah buat keputusan yang menyebelahi bank terbabit.

Untuk melaksanakan perintah ini, bank dan pejabat tanah mesti mematuhi prosedur tersebut.

Bank akan melantik jurulelong berlesen.

Jadi apa pula masalahnya dengan calon BN?

Apa yang nak diselewengkan?

Nampak sangat PAS hidup atas isu dan tanpa isu PAS jadi PARTI ANGGUK SELALU macam Ajijoi.

Normala Sudirman hebat sangatkah sampai Ajijoi terpesona jadi calon PAS.

BN tahu siapa dia sebenarnya.

Orang Johor dah lama lupakan PARTI ANGGUK SELALU dan PARTI KOYAK RABAK yang diperkudakan oleh adik kepada PAP di Malaysia.

Pengundi di Tenang dengan tenang beritahu Cikgu Mala dan PAS di mana mereka selepas pilihanraya ini.

Sekian.

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

Apa sudah jadi dengan suami Mala, calon PAS di Tenang.

Sakit atau sihat? Tenang atau gelabah? Seleweng atau tidak? Cuti sakit atau cuti biasa?

Kalau sakit kenapa kempen untuk isteri macam calon pulak?

Apa pasal Ajijoi mengomel dengan calon BN sahaja?

BN lagi banyak isu mengenai PAS yang boleh diceritakan termasuk dasar PAS yang banyak berubah mengenai wanita yang dahulunya jadi aurat bila bertanding dalam pilihanraya, baca Al-Quran dan lain2.

Dan macamana pula di negeri di bawah PR (tak berdaftar) yang lain seperti Kedah dalam perlaksanaan hukum Islam?

Nampak banyak berbeza.

Sejak tsunami Mac 2008, pemerintahan PR (tak berdaftar)musibah semakin menjadi-jadi bukannya datang dari UMNO tetapi dalam PR (tak berdaftar) sendiri.

Pemerintahan jenis apakah ini?

Kalau dilihat kepada Mala, apakah ketokohan yang beliau ada?

Apa yang dia boleh buat kalau menang?

BN tak perlu buat serangan peribadi terhadap Mala dan suaminya.

Cukup sekadar pengundi di Tenang mengetahui tentang keperibadiannya dan seterusnya terjemahkan di dalam peti undi.

Gaya hidup PR (tak berdaftar) dan PAS sudah lama diketahui.

Cuma tunggu tsunami ke 13.

Sebelum itu, tunggu keputusan di Tenang.

Sekian.

Followers

Video ajijoi

Loading...