Seterusnya rombongan kami bertolak ke Felda Lasah di Sg Siput.
Sekitar jam 12.30 tengahari, kami tiba disana dan tempat persinggahan kami adalah masjid yang terletak di dalam Felda Lasah itu. Kami berehat disana sehinggalah masuknya waktu solat Zohor.
Tengahari itu, suasana bagaikan solat Jumaat kerana penuh masjid bersolat jemaah disitu.
Setelah selesai solat Zohor, kami dibawa ke sebuah rumah di dalam tanah rancangan Felda itu untuk menjamu selera. Kebetulan, terdapat kenduri doa selamat diadakan bagi meraikan seorang anak peneroka disitu yang akan melanjutkan pelajaran ke Indonesia.
Rombongan kami disambut meriah oleh penduduk di situ.
Jamuan makan tengahari |
Pemimpin daripada masyarakat India juga turut serta. |
Haji Razman memberikan sedikit ucapan bagi pihak rombongan kami |
1 comment:
Pramugari koma di tanah suci...MESTI BACA!!!!!!!!
http://rizalmat.blogspot.com/2012/10/pramugari-koma-di-tanah-sucimesti-baca.html
Post a Comment