Saturday, September 24, 2011

PAS Gopeng juga sambut kedatangan Najib ke Taman Song Choon, Ipoh


Terdapat tohmahan yang dilemparkan melalui blog yang mewakili Hamidah Osman bahawa Pengerusi Surau Al-Falah, Imam Zulkifli Tafsiron dan juga ahli-ahli Pas Cawangan Taman Song Choon telah menghasut orang ramai agar tidak turut serta didalam majlis jamuan hari raya bersama Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak di Taman Song Choon, Ipoh pagi Sabtu ini.

Bukti bergambar seperti diatas menunjukkan bahawa tohmahan terhadap Pas Taman Song Choon adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana mereka telah menyediakan sepanduk untuk mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri ketempat mereka.

Agak mendukacitakan apabila pemikiran ahli-ahli Umno yang dangkal dan cetek, seakan-akan ahli-ahli Pas bukanlah warganegara Malaysia yang juga boleh turut serta didalam program-program yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia. Tohmahan tanpa bukti dan melulu sudah sebati dengan mereka.

Dan mungkin kerana itulah mereka lebih suka memberikan kerakyatan kepada orang-orang Myanmar, Indonesia dan Bangladesh. Baru setaraf dengan mereka, mungkin.

No comments:

Followers