Wednesday, September 21, 2011

Demi kuasa, Umno BN sanggup khianati negara - Pesuruhjaya Pas Perak

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan kini, jelas bahawa Umno BN adalah pengkhianat negara dan bangsa, demi untuk terus mengekalkan kuasa yang ada pada mereka.

Menurut beliau, Umno BN sanggup memberikan kerakyatan kepada warga asing.Pemberian Kerakyatan segera ini pada mulanya dikesan berlaku di Sabah dan kini telah menjadi masalah yang rumit bagi rakyat asal Sabah di sana.

Beliau juga menegaskan supaya Umno BN jangan sesekali cuba untuk menafikan perkara ini.

Gejala tersebut kini mula melebar luas ke seluruh negeri.tidak mustahil Umno BN akan mengulangi kerja terkutuk itu dalam menghadapi PRU-13 nanti, jelas beliau.

Menurut beliau lagi, beberapa bukti mengenainya telah dapat dikesan oleh Pakatan Rakyat. Terbaru ialah pendedahan Dewan Pemuda PAS Pusat yang mendapati sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR.

Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) .

Selain itu, paling memalukan apabila Perdana Menteri Bangladesh sendiri telah mengesahkan tentang rakyatnya begitu mudah mendapat kerakyatan di Malaysia.

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan, jika rakyat mahukan Negara kembali selamat dan aman,maka rakyat sendiri perlu menghukum pemimpin Umno BN, Pemimpin Umno BN adalah pengkhianat dan petualang negara sebenarnya, maka sudah tiba masanya rakyat bersama Pakatan Rakyat untuk kita mengangkat semula martabat Negara Malaysia, demi kelangsungan masa depan generasi anak-anak kita.

No comments:

Followers