Sunday, September 25, 2011

Bawa Najib menaiki bas melawat Perak, Zambry tiru idea Nizar

PERTAMA KALI NAIK BAS ... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak di sini, Sabtu. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) . Gambar ini dirakamkan ketika Najib dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Mungkin Zambry tersenyum lebar kerana dipuji oleh Najib apabila berasa teruja menaiki bas semasa lawatan sehari ke Perak semalam.

Ramai yang memperkatakan bahawa bukanlah suatu yang ganjil apabila Perdana Menteri tidak dapat merasai pahit getir rakyat mengharungi kehidupan yang susah dengan harga barangan melambung tinggi apabila beliau hanya pertama kali menaiki bas. Dan bas itu pula bukanlah sepertimana bas yang dinaiki oleh orang awam setiap hari. Bas yang dihias khas dengan kos yang entah berapa banyak menelan wang rakyat, hanyalah sebagai kosmetik politik semata-mata. Jika dilihat dari foto diatas, sudah pasti orang-orang kampung mengatakan bahawa mereka itu sedang menaiki kapalterbang.

Idea menjelajah negeri untuk bertemu dengan rakyat ini bukanlah sesuatu yang baru, apatah lagi dinegeri Perak ini. Jika Zambry mengatakan bahawa ini adalah idea beliau sendiri, sila fikirkan sekali lagi.

Selepas setahun episod rampasan kuasa dinegeri Perak, Pakatan Rakyat telah mengadakan satu ekspedisi menjelajah daerah dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin menaiki bas ekspres bersama-sama pimpinan yang lain, bertemu dengan rakyat dilokasi-lokasi yang dipilih didaerah-daerah negeri Perak ini.

Bas yang mereka naiki adalah bas ekspres yang disewa, sama seperti yang dinaiki oleh orang awam. Bukannya bas yang dinaik taraf, dihias, diubahsuai demi keselesaan 'sang raja'.

Untuk rujukan mengenai ekspedisi menaiki bas pimpinan Pakatan Rakyat Perak tersebut, sila klik EKSPEDISI 1, EKSPEDISI 2, EKSPEDISI 3, EKSPEDISI 4, EKSPEDISI 5, EKSPEDISI 6, EKSPEDISI 7, EKSPEDISI 8, EKSPEDISI 9 dan EKSPEDISI 10.

Bukankah saya telah katakan tadi bahawa idea menjelajah negeri dengan menaiki bas bukanlah idea asal Zambry. Sebaliknya dan sepertimana biasa, Zambry meniru apa yang telah dan pernah dibuat oleh Nizar.

No comments:

Followers