Saturday, September 24, 2011

Jamuan Hari Raya Pas dan Pakatan Rakyat Perak mendapat sambutan luar biasa


IPOH (23.9.11): Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran PAS dan juga Pakatan Rakyat Perak yang dilangsungkan di Padang Taman Meru 1B, Jelapang mendapat sambutan yang luar biasa daripada pelbagai kaum dan agama.

Sejak jam 8 malam lagi, orang ramai telah berpusu-pusu tiba untuk bersama-sama pimpinan PAS Perak serta PKR dan DAP meraikan majlis jamuan hari raya Aidilfitri tahun ini. Makanan yang disediakan dibawah khemah-khemah yang didirikan memudahkan para jemputan menjamu selera dengan penuh tertib dan teratur. Sekalung tahniah perlu diberikan kepada kesemua jawatankuasa yang telah berjaya menjalankan tugasan mereka dengan baik bagi menjayakan majlis ini.

Kesemua pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti didalam Pakatan Rakyat Perak hadir bagi memeriahkan majlis ini disamping bertemu dan beramah mesra bersama-sama dengan warga Perak.

Pelbagai gelagat dan aksi yang telah dirakamkan oleh lensa kepunyaan Imran Ahmad Baihaqi untuk dikongsi bersama.

Anggota Unit Amal yang bersiap sedia menjalankan tanggungjawab mereka

Ustaz Nuri bersama Haji Razman

YDP Pas Batu Gajah, Haji Ismail menyambut kehadiran tetamu dengan senyum mesra

DAP Perak memberikan belon percuma kepada kanak-kanak yang hadir

Mohd KY Tiang bersama Haji Rahim, YDP Pas Gopeng

Lemang dan rendang tersedia untuk para tetamu




YB Haji Zainuddin disambut oleh Haji Razman

Penyambut tetamu dikalangan Muslimat Pas Perak





Ustaz Nuri bertindak selaku pengacara majlis




Dr Muhaimin Sulam, Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak menyampaikan ucapannya

Sedap sangat ke dik? Sampai pejam-pejam mata tu...


YB Abdul Yunus Jamhari


YB Ngeh, Ustaz Abu Bakar, Mohd KY Tiang dan YB Zainuddin

1 comment:

pkrcabangtambun said...

Gambar aje? mana laporan berita?

Followers