Wednesday, June 1, 2011

Mufti Perak harus bertaubat - Dewan Ulama Pas Perak

IPOH, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria seeloknya bertaubat ekoran
kenyataannya yang secara langsung membawa pengertian menghina
Rasullulah SAW  berhubung pengguna wang cukai, judi dan arak.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Perak Ustaz Haji Norazli Musa
berkata, ungkapan ataupun perkataan yang membawa maksud atau
seolah-olah memperkecil-kecilkan Rasullulah tidak seharusnya terbit
daripada mulut seorang Mufti.

Mufti adalah tonggak penasihat agama bagi sesebuah negara maupun
negeri, dan oleh kerana itu sepatutnya menjadi contoh dan teladan yang
murni, unggul dan tegas kepada seluruh umat Islam di Perak, khasnya,
dan negara amnya, katanya ketika dihubungi.

Oleh kerana itu, seseorang yang bergelar mufti dan penasihat agama
kepada kerajaan seperti Harussani sepatutnya sentiasa berwaspada dalam
kata-katanya dan bukan main semborono mengikut paksi yang disukainya
semata-mata, kata Ustaz Haji Norazli Musa.

"Saya mencabar Harusani kemukakan dalil dan bukti sahih berkenaan
kenyataannya pada akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 29 Mei 2011, yang
mendakwa semasa zaman Rasulullah juga terdapat pembayaran gaji yang
dibuat menggunakan duit cukai daripada arak dan judi."


Ustaz Nor Azli Musa memetik sabda Rasullulah saw bahawa: "Barangsiapa
yang menipu ke atas aku, maka dia telah menempah tempat di dalam
neraka."

Berikut kenyataan penuh Ustaz Norazli Musa:

1. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebaik-baiknya bertaubat
kerana menghina Rasullulah saw berhubung kenyataannya berkaitan wang
cukai, arak dan judi.

2. Sebagi seorang Mufti, beliau tergamak mengeluarkan kenyataan bahawa
pada zaman Rasulullah turut mengguna wang cukai arak dan judi untuk
urusan pembayaran gaji.

3. Sebelum ini, beliau tidak pernah memberi pandangan  mengenai
dakwaan UMNO, iaitu wang kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan judi,
haram untuk diberi sumbangan kepada warga emas. Beliau  mengelakkan
daripada memberi pandangan

4.Semasa ceramah, saya langsung tidak menyentuh soal halal atau haram
gaji mufti atau mana-mana individu yang terlibat dalam kerajaan. Yang
saya bangkitkan adalah mengenai sikap  Harussani yang enggan memberi
respons terhadap dakwaan UMNO tersebut kononnya sumbangan kepada warga
emas oleh kerajaan negeri Pulau Pinang itu haram kerana hasil wang
judi.

5. Lantaran itu, saya mencabar Harusani, selaku penasihat agama Islam
kepada kerajaan negeri agar ada sedikit keberanian menegur dan
menasihati kerajaan negeri Perak yang sedia ada untuk mengasingkan
wang hasil kutipan dalam negeri kepada dua akaun iaitu sumber kutipan
negeri yang halal dan yang haram sepertimana dilaksanakan oleh
Kerajaan Negeri Kelantan.

6. Jika beliau tidak berbuat demikian, maka terserlah sikap
bermuka-mukaan Harusani dalam menegakkan kebenaran ajaran Islam dan
beliau tidak layak menjadi seorang mufti, kerana pandangan dan
tegurannya hanya berpihak kepada Umno, ATAU yang mana lebih
menguntungkan dirinya. Oleh itu Harussani harus berundur kerana jika
TIDAK berbuat demikian beliau akan lebih banyak mengelirukan umat
Islam dengan pandangan-pandangannya yang kabur dan silap.

7. Gelaran Haramsani (semasa berceramah) merupakan gelaran spontan
yang diberi oleh orang ramai sebagai respons ekoran sikap  Harussani
yang lebih gemar berdiam diri apabila kalangan UMNO membuat dakwaan
yang menyeleweng daripada syariah Islam. Gelaran itu adalah petunjuk
pendirian rakyat mengenai keperibadian Harusani sebagai seorang mufti
yang kurang bijaksana.

8.Oleh itu, saya mencabar Harussani kemukakan dalil dan bukti sahih
berkenaan kenyataannya pada akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 29 Mei
2011, yang mendakwa semasa zaman Rasulullah juga terdapat pembayaran
gaji yang dibuat menggunakan duit cukai daripada arak dan judi. Ini
jelas satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW.

Ingatlah Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang menipu ke atas aku,
maka dia telah menempah tempat di dalam neraka.

9. Harusani memang banyak berdolak dalih dalam hal-hal berkaitan
syariah Islam dan kini seelok-eloknya berasaskan sabda Rasullulah saw
itu, beliau bertaubatlah.


Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak
Alfadhil Ustaz Norazli Musa

No comments:

Followers